Nuffnang

Thursday, January 28, 2010

hasrat hujung minggu



Hujung minggu ni harapnya dapat melunaskan hajat untuk ber'jogging'. sudah dua kali hujung minggu berlepas begitu sahaja.. Maklumlah, masih baru lagi di tempat orang.. Rasa takut tu kadang-kadang membantutkan.. Hasrat untuk bersenam sering sahaja terganggu. Tapi, yang seronoknya, kawan2 tak pernah putus beri semangat pada saya. "Jaa, skipping la, beli tali skipping, buat dalam rumah..." (Rumah sewa saya tu tak besar mana pun, muat ke..).. Akhirnya, saya pandang sepi je..

Di sekolah, waktu2 senggang di bilik guru selalu minta pendapat seorang kawan yang juga berpraktikum di sekolah sama. Lelaki. Dia selalu pergi gym. Kalau ikutkan hati, ingin sahaja ikut sama masuk kelab gym tu. Tapi tak mampulah. Tapi, dia bagi tips senaman untuk bahu beserta penerangan.. Risau juga kalau2 lagi bertambah saiz bahu saya yang sedia ada ni.. Bahu ni sungguh bermasalah la..

Pagi2 pukul 7, waktu nak ke sekolah tu.. Mesti terserempak dengan seorang pakcik yang berjalan2, jogging pada masa tu. bagus pakcik tu, pagi2 dah bersenam kan? InsyaAllah, saya akan menyusul kemudian.. :)

Boleh percaya ke ni?


Tuesday, January 26, 2010

tips kurus terpilih :)

Sekarang masih di sekolah. Latihan Kebakaran baru sahaja selesai. Mujur notebook saya ni tak hangus. :) Selepas tu, saya terus meluru ke bilik guru untuk menyambung tugas saya yang masih belum terlunas. hee. Saya berjalan dan singgah di beberapa blog diet yang menarik, dan apa yang lebih menarik perhatian saya kali ini adalah berkenaan dengan tips kurus oleh Mr. Bam. Tapi, saya hanya memilih beberapa tips yang membuatkan saya tertarik untuk komen. :)

1. Sasaran mesti realistik
Kajian menunjukkan bahawa setiap orang yang penurunan berat badan secara perlahan mampu bertahan lama. pelan pengurangan berat badan yang sihat dan realistik adalah pengurangan sebanyak 1-2 paun (0.45kg-0.9kg) dalam masa seminggu.

Komen saya: hurmm.. sangat setuju! Walaupun jumlah pengurangan untuk fasa kedua ini agak mengecewakan, tapi saya tetap gembira. Dalam tempoh 5 minggu saya sudah berjaya kurangkan 6 kg. 3 minggu pertama, 5 kg. dan 2 minggu berikutnya ini hanya turun 1kg! tapi, bila dapat tahu tips ini, sekurang-kurangnya saya lega. ya, perlu banyak masa. yang penting, ada hasil kan?

2. Jangan mengabaikan sarapan pagi
Sarapan pagi yang baik adalah sangat penting untuk membekalkan tenaga dan seterusnya menghindari anda dari mengambil snek yang berkalori tinggi.

Komen saya: Saya sedar dan saya tak abaikan! Saya tahu sarapan pagi sangat2 penting dan tak boleh diabaikan. Pagi-pagi saya cuba bangun lebih awal supaya sempat bersarapan di rumah sebelum ke sekolah. Bukan tak boleh sarapan di sekolah, tapi faham sajelah. Menu tidak sesuai untuk saya. Ada yang bergoreng dan kuih muih. Sarapan di rumah, boleh jugalah makan sekeping dua biskut, kadang-kadang roti. Roti ni pun sebenarnya tak berapa elok. Mahu mencuba bijirin pula nanti.

3. Cara memasak sayur-sayuran
untuk mengelakkan kalori yang berlebihan, grill atau kukus sayur-sayuran anda. pastikan juga sayur-sayuran tidak dimasak berlebihan kerana ini akan menyebabkan khasiatnya hilang.

Komen saya: Selama sebulan lebih ni, itulah menu saya setiap petang. Sup sayur. kadang-kadang tambah sedikit bihun. Bunga kobis dan karot sangat sedap dan rangup kalau tak dimasak lama. Tiap kali pergi TESCO, otak ligat fikir menu sayur yang berlainan untuk dicuba. barulah setiap minggu tak jemu. DAN, saya dah perasan yang tekak saya ni dah tak boleh telan sup sayur kobis. agaknya sebab sayur tu sudah terlalu jemu untuk dimakan.

4. Elakkan minum terlalu banyak kopi
Minum kopi adalah bukan cara yang sihat untuk pengurangan berat badan. minum terlalu banyak kafien akan menyebabkan dehidrasi dan mengganggu tidur anda.

Komen saya: tahniah buat diri saya sendiri! saya dulu memang tak boleh kalau sehari tak minum kafien. coffeeholic! sekali tu wajib. dan kerap kali dua kali sehari saya ambil kefien. Sekarang tidak lagi, saya dah tinggalkan kafien ni 100%.

5. Menghadiahkan diri anda
Anda seharusnya menghadiahkan diri anda setiap kali anda mencapai sasaran pengurangan 1kg-2kg. Ini akan dapat membantu anda mengekalkan motivasi untuk terus berdiet.

Komen saya: hehe. yang ini pun saya dah buat! minggu lepas dah hadiahkan untuk diri sendiri sehelai blaus labuh paras lutut. sangat cantik dan sesuai untuk saya. dan 2 hari lepas ada masuk satu butik tu. Saya berminat pada sehelai jubah berwarna coklat gelap, kosong dan ada sedikit sulaman. Saya dah cuba! juga cantik dan sesuai dengan potongan badan. tapi nampak macam agak seksi la pulak. Jadi, saya nak tunggu sedikit masa lagi.. heee..

SEKIAN

Perlu selagi mampu
dan
WAJIB!


Thursday, January 21, 2010

bermula

Pagi ini agak nyaman terasa. duduk-duduk di bilik guru. walaupun awal pagi tadi nyaris-nyaris terkandas dalam kesesakan lalu lintas. hee.. macam duduk di bandar besar bunyinya kan? tapi betul la, agaknya kalau lewat 5 minit pun, saya akan lewat sehingga 15 minit untuk sampai ke sekolah. Lokasi sekolah disini agak padat dan berdekatan, menyebabkan jalan sibuk. pukul 7 pagi dah dimestikan tayar kereta gerak di atas jalan. hee.. Minggu pertama berada di SMK Pusing. sekolahku, inspirasiku. sungguh. hari pertama menjejak kaki di sini tempoh hari agak terpana apabila boleh dikatakan majoriti pelajar adalah Cina. agak mencabar juga lah bagiku yang akan mengajar Bahasa Melayu ni. Tapi aku sambut cabaran itu dengan baik, dengan hati ikhlas dan semoga dipermudahkan segalanya oleh Dia. InsyaAllah..

Minggu ini semuanya berjalan lancar. Cikgu-cikgu sambut baik kedatangan kami. Mula mengajar nanti saya dapat sesi petang. Aduh, saya tak pernah merasa sekolah sesi petang ni. kena cepat sesuaikan diri nampaknya. Cikgu... oh cikgu. 2 minggu pertama untuk ROS ini saya di sesi pagi. Hari ini pula sudah mula latihan rumah sukan. bayangkan nanti saya terpaksa berjemur di tengah panas pada jam 11 hingga 12 tengahari. kemudian sambung sesi pengajaran pada jam 1.15 lah lebih kurangnya. tapi bab-bab sukan ni, saya agak semangat sikit. dapatlah juga lompat-lompat bintang ke.. keluar peluh. hehe.. (yeke?) Masih diet macam biasa. tapi KG tak tahulah berkurang atau tidak. takut nak sukat.

tengah mencari pakaian lengkap untuk unit beruniform.


.wajah hari pertama di sekolah. semangat. semangat!

Tuesday, January 12, 2010

tanjong malim

baru semalam rasanya berada di terengganu cantik, pagi ini celik mata sudah ada di tg malim. Suasana sangat2 sejuk, damai dan tenteram sungguh. mungkin menyambut kedatangan saya. Awal pagi sampai, berpisah dengan kakanda. dan berjumpa rakan lama yang setia di sini. Tika ini menumpang di kayangan si chantek Faa. (terima kasih kerana sudi menumpangkan daku).

Gembiranya rasa bila si Faa hampir-hampir tak kenal saya (faham-fahamlah..). dari situ nampak juga lah hasilnya.. hehe. tapi masih terlalu awal hendak berpuas hati rasanya. dan memang pun. Tambah kecoh bersembang bila rupanya adik2 disini pun tak kurang berusaha mengurangkan kilo. berusahalah!

Pagi yang penuh damai ini juga saya mendapat berita mengenai 2 pelajar UPSI yang maut dalam kemalangan di lampu isyarat berdekatan kuil, di Tanjong malim ini. Al-fatihah buat arwah. DAN semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.. saya difahamkan salah seorang arwah bakal menjalani praktikum bermula minggu hadapan. Sama seperti saya. Sama-sama doakan ketenangan arwah di sana.

Saya masih pening-pening.

Monday, January 11, 2010

Membawa diri


Saya kira ini adalah entry saya yang terakhir selama masih di rumah. Malam ini saya bakal membawa diri. ke mana? Masih ke perak. Beberapa tempat harus dituju dan terlalu banyak perkara yang bakal menanti dan pastinya perlu diuruskan. Langkah kaki bermula malam ini menantikan seribu macam pengalaman baru buat saya. Situasi baru, orang baru, persekitaran baru, rumah baru, sekolah baru. Waah! semua baru lah. (baru atau baharu? saya masih kabur tentang yang ini). Walau apapun, saya mengharapkan kebahagiaan dan kedamaian di sana nanti. Doakan saya tau.

Malam ini bertolak ke Tanjong Malim. Mr Lan cakap "tak habis2 tg malim". hehe. Yelah, masih ada perkara disana. Saya nak jumpa adik-adik di sana terlebih dahulu. seterusnya rabu nanti saya akan ke Batu Gajah, Perak. Saya akan berpraktikum di SMK Pusing. Harapannya, sekolah itu dan semua warga disitu dapat menerima orang baru seperti saya dengan baik :). InsyaAllah. Saya insan serba kurang, masih perlu banyak tunjuk ajar dari orang2 berpengalaman.

Sedih dan sayu nak tinggal rumahku syurgaku. Ayahanda dan bonda. Lagi-lagi lepas ini tak tahu bila dapat bersua lagi di mawar terindah ini. Minggu hadapan, mula berpraktikum. Doakan yang baik-baik buat saya ya teman-teman. Semoga dapat mencurahkan ilmu sehabis baik. Saya sayang kamu semua..


Assalamualaikum..


Sunday, January 10, 2010

pantai

Semalam saya menjejak 3 pantai. perkara yang tidak pernah saya buat setakat ni. Entah dari mana angin datang, sampaikan sesudahnya saya sakit kepala, pening-pening sebab terkena angin pantai ini. tenang rasanya mengadap keindahan lautan ciptaan Tuhan ini. Sekali sekala, lepas ini mungkin agak susah nak jumpa pantai. yang di bawah ini, Pantai Penarik, Setiu.


Kalau jejak Pantai Penarik ni, ataupun kalau lalu sahaja di sini, tak sah kalau tak rasa sotong celup tepung ni.. Itu kebiasaan saya. Semalam, harganya agak mahal, bukan musimnya. Saya difahamkan pertengahan bulan 6 atau 7, waktu itu musim sotong. Dan sangat sesuai lah kalau nak rasa sotong celup tepung yang lebih murah. ICT (Ikan Celup Tepung). pun ada, tapi tak rasa nak makan ikan. Semalam juga hari pelepasan. Saya langgar pantang. hehe. Yelah, sepatutnya tak boleh sentuh benda bergoreng macam ni kan. tapi sudah namanya hari pelepasan, saya makan jugalah sedikit. :)



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Seterusnya, ini Pantai Bukit Keluang, Besut. Sangat cantik. Menikmati pemandangan pantai indah dan lautan luas dari atas puncak jambatan ini. Mungkin sebab itu bertambah pening kepala saya. Tak boleh duduk tempat tinggi.


Saya yang terbaru. masih tak banyak perubahan. Pantai seterusnya, Pantai Air Tawar, Besut. tiada gambar. Saya singgah minum air kelapa disitu. Sedap! Kebetulan, anak saudara yang seusia saya, Diya ada disitu juga. Dia menghadiri kursus kahwin. Saya? dah lama dapat sijil kahwin tu. (sijil kahwin atau sijil kursus kahwin?) hee..

DIET

Tajuk dan kisah kali ini saya kira pengakuan yang paling berani. hehe.. ya! DIET. DIET yang akhirnya akan mengurangkan berat badan saya ini. Ini antara azam yang setiap tahun pastinya tidak pernah saya tak buat. tapi, akhirnya setakat di bibir saja. agak berat sebenarnya hendak kupas perkara ini lebih terperinci sebab saya takut. takut hasilnya sama juga. TAPI sekarang tidak lagi. saya dah cukup mengumpul semangat, sudah cukup menghalakan fikiran saya supaya mencapai sasaran. saya dah punya sesuatu yang dapat merangsang sel-sel otak saya supaya tak ingat lapar dan tak ingat makan! itu yang penting.

Saya mulakan sasaran ini dalam masa berada di rumah. ya, sedang bercuti. Oh! bukan mudah sebenarnya. Macam-macam komen dan pendapat saya terima. Ada yang membangkitkan semangat, dan ada juga yang membuatkan saya hanya selesa berada dalam keadaan seperti ini. tapi walau apa pun, saya dah nekad! sudah 3 minggu saya tak menjamah nasi. Tentangan paling utama, macam biasalah daripada ayahanda dan bonda saya. ayahandalah terutamanya. hehe.. saya tahu, ayahanda memang cukup-cukup risau kalau anakandanya tak menjamah nasi. sebab itulah saya dah cukup bulat sekarang ini.


AYAHANDA:
Ayah tak setuju diet tak makan nasi macam ni. nasi bukan tak boleh makan, tapi makanlah sedikit. Nanti sakit, pengsan kan susah. tak payahlah nak dera sangat diri tu... (dan berderet-deret lagi lah...)


Saya di rumah, jadi 'anak tunggal'. Adik bongsu di asrama. Jadi, setiap kali waktu makan sayalah yang sediakan. saya yang hidangkan. boleh bayangkan setiap kali tu jugalah saya berhadapan dengan nasi dan lauk pauk tu? tapi saya buat-buat tak nampak je. kononlah. dalam hati, Ya Allah...... hehe. setiap kali itu jugalah ayah menyebut perkara ini. suruh saya makan nasi. Aduh, kalau tak tahan godaan sudah lama saya tewas agaknya. DAN setiap kali itu jugalah saya jawab bersama hujah-hujah yang mantap. supaya ayahanda benar-benar tahu yang anaknya ini hendak juga kurangkan berat badan ni. Ayah.. ayah.. Ya, saya tahu cara ini kurang tepat. tapi untuk dapatkan hasil yang memuaskan, nasi dan hidangan berat yang lain perlu dihentikan buat sementara waktu aje. bila dah kembali maintain, semuanya itu boleh diambil semula dalam kuantiti yang terkawal. Bonda pula biasa-biasa sahaja. Tapi cukup kagum pada saya yang tiba-tiba boleh berkeadaan sebegitu. yelah, bonda faham sangat saya ni macam mana.


Si A:
Awak, tak payahlah kurus. Tak cantik awak kurus!
(Yang ini tak tahulah, mematahkan semangat ataupun membanggakan diri saya supaya terus kekal cantik hanya macam ini. apapun, terima kasih. saya suka juga komen macam ni sebenarnya.. ;)


DAN
SEBENARNYA


Saya punya seseorang yang setiap hari tidak jemu membuahkan semangat dalam diri saya supaya mencapai apa yang diidamkan tu. Saya berazam hendak kurangkan 15-20kg. huhu.. banyak sungguh kan? Yelah, siapa suruh saya kumpul kilo yang tak diperlukan tu lama-lama? Dia P.A. my personal assistant. Terima kasih banyak! Dia pakar rujuk saya. yang ini boleh makan tak? yang itu boleh makan tak? dan dia tak pernah jemu menjawab segala pertanyaan saya bersama sebab-sebabnya sekali. waah, tak sia-siakan? Ramai juga rakan-rakan yang beri sokongan, katanya tak sabar hendak lihat perubahan saya nanti... :)

Dalam masa 3 minggu ini, saya dah pun berjaya kurangkan 5kg! masih tak puas hati sebenarnya. sebab sasaran tepat mahu kurangkan sehingga 9kg dalam 3 minggu ni.. apapun, untuk pertama kali rasanya 5kg pun sudah memadai. Lepas ini kena kerja kuat lagi. INSYAALLAH.. itupun sebenarnya sudah cukup gembira. sebab sejak bertahun-tahun sudah, susah sangat hendak turun, walaupun 1kg!

Bersenam? ada jugalah. Senamrobik seorang diri di rumah. mujur tak runtuh rumah saya. hehe.. Dan setiap hari perlu cukup minum 2.5 liter air kosong. banyak tuh! sampai kembung perut dibuatnya. Santapan lain, sup sayur dan buah..


.hari tersebut saya serba hitam lagi. berjubah hitam. hitam dari atas sampai bawah. purse pun hitam. Ada juga mata memandang, pelik ke? hehe.. apa-apa jelah. sedikit anggun mungkin?

Thursday, January 7, 2010

tenang


.bosan.
tapi indahnya sungguh rasa bosan ni
entah mengapa
bosan yang indah?
sangat sukar untuk diterjemahkan bagi yang tak mampu menyelami ni..

sudah tiga hari memegang status 'anak tunggal' di rumah bersama bonda & ayahanda
rehat sungguh-sungguh
melapangkan sungguh-sungguh
(ayat tergantung: cikgu, selepas KK transitif bukankah perlu ada objek? hee)
menikmati masa emas ini semaksimum mungkin
saya rasa tenang tika ini
kalau boleh nak ikat ketenangan ni kemas2
supaya tak terlerai lagi..

lagi SATU
saya sedang menahan satu nafsu
nafsu yang selama ini sangat sukar saya abaikan.
(*_*)

Saturday, January 2, 2010

10.10.10 vs 11.11.11

.
2009 sudah pun melabuhkan wajahnya
tahun yang pastinya tidak akan dipandang sepi
seiring pemergiannya
2009 memberi banyak pengalaman baru
tak kurang kenangan bertimbun-timbun
terima kasih 2009 kerana sudi menumpangkan daku.

2010 sudah menampakkan wajahnya..
2010 harapnya tak akan kurang menumpangkan daku
bermulanya bulan ini, 01.01
bermulalah satu lagi episod
hari ini cuba melapangkan hati dan fikiran
supaya
bersedia bertemu bakal anak-anak muridku
2010
oh! sangat sarat dengan bermacam azam

apa kaitannya 11.11.11?
jawab saya: tengok lah dulu, 10.10.10.
cantik tu.. 11.11.11 pun lagi cantik.
hee..
saya memang, tiap2 hari berangan lebih
ah! ketepikan sahaja
kerana tiada halangan dari siapa2 untuk berangan
percuma sahaja.
kita yang mencipta anganan itu.

SELAMAT TAHUN BARU
.


Friday, January 1, 2010

taman hatiku


sepasang lagi. (+_+)
ini mungkin hasil terakhir buat masa terdekat.
lepas ni, terlalu banyak perkara yang perlu difokuskan.
mungkin buat beberapa ketika tak punya banyak masa untuk meneliti manik2 ni lagi.

Ada yang menamakan kuntum2 ini sebagai teratai.
tapi cik mawar tak mahu guna nama tu.
sebab biarkan sahaja TERATAI itu layu di tasik madu.

apa yang layaknya?
MAWAR kembang di taman hati.
boleh saja kan.

proses melengkapkan kuntum

masih kosong

tenung dekat-dekat

ini hasil lengkap. berbentuk ala-ala segitiga antara bukaan sisi lengan.


hari ini
seorang kakak berkata apabila membelek bajuku yang ini. Align Centerkatanya: ini dah gila manik. (???)
Jawabku: ini bukan gila manik.
tapi cinta pada sesuatu yang seni dan indah.
tak salah bukan?


pergilah, jangan datang lagi


bodoh! bodoh! bodoh!
MAAF.
kenyataan ini adalah agak emosional.
bukan dituju pada siapa-siapa
bukan juga pada diri sendiri
tapi tika ini terdetik begitu
bila sesuatu yang bukan kehendak dan naluri kita
terjadi juga.
mengapa semua ini perlu ditelusuri?
mengapa?
DAN
mengapa?
mengapa tidak diusir jauh sejak awal lagi?
jika tidak,
tidaklah hati ini menangis lagi
kerana kebodohan yang dicipta
lantas memercik pada diri sendiri.
sangat sinis memohon maaf.
AH! tidak perlu lah.

fikir. renung. muhasabah.
mungkin inilah ketentuan dariNya.
tak perlu lagi memperhambakan diri pada perasaan begitu!