Nuffnang

Saturday, October 31, 2009

gelora di hati hamba

.
Tuhanku,
hanya padaMu,
tempat mengadu segala rindu,
limpahiku rahmat kasihMu,
dalam tahajjud.. cinta bersujud..

.minum serasa duri, makan serasa lilin, tidur tak lena mandi tak basah.

.

Friday, October 30, 2009

cinta ada

.
.Cinta Ada.

Andai aku butakan mata.
Dapatkah kau mendengarkan jujurnya.
Andai engkau tutup telinga.
Dapatkah kau melihat keikhlasannya..

Aku cinta bukan dibayang mata.
Jauh dari bahasa.
Dekatkan ertinya.
Aku cinta bukannya disengaja.
jauh dari wasangka.
Dekatkan hatinya.
Memang cinta ada dalam jiwa kita..

Andainya cinta itu buta.
Dapatkah kau mengubah pesonanya.
Andai mengalir air mata.
Dapatkah kau membezakan jelingnya..

Mengapa ada saksi yang tak memahami.
Mengapa ada saksi yang disalah erti.
Aku cinta.
Jauh dari bahasa..

...Memang cinta ada dalam jiwa kita...
.

Thursday, October 29, 2009

akhirnya.. mandi jua.

.
.yang ini dah siap mandi dan berjemur. tak lama nanti nak balik. kena comel.

kesian pula bila terkena air, yang gemuk ini jadi kurus.. teringat bila mandikan kucing, tak tergamak rasanya bila bulu kucing tu terkena air, sampai nampak telus ke kulit. yang gebu pun jadi kurus. kesian. lepas tu, terfikir sendiri..

ALANGKAH
baiknya jika aku pun macam itu
??
yela, bila kena air boleh jadi kurus.. kalaulah semudah itu kan? tak perlu kawal makan, tak perlu lagi bersenam, tak perlu jogging, tak perlu lagi risau.
hehehe..
.

Tuesday, October 27, 2009

Mr. M.

.
AWAK..
saya mintak sangat2 supaya awak pergi jauh2 dari saya..
kalau awak sayang saya, penuhilah permintaan saya ini..
saya bukan tak menghargai awak,
TAPI
buat masa ini saya memang tak boleh izinkan awak berada dekat dgn saya..
saya punya tanggungjawab yg lebih besar, lebih dari apa yg awak bayangkan..
sesungguhnya kali ini saya mmg terpaksa pinggirkan awak..
maafkan saya..
saya perlu berkorban..
berkorban apa saja..
fahamilah saya, AWAK!
.
.
.
untuk AWAK yang bernama
M. A. L. A. S




hehe.. malas sungguh nak membaca.. saya dah cuba. dah cuba. kali ini perlu lebih mencuba.
nak fokus. nak fokus...

.



Monday, October 26, 2009

terima kasih pengalaman.

.


Salam..

Kelu sebenarnya ingin menulis tentang yang ini. kenapa cik mawar? SEBAB macam2 rasa.. heee.. hanya dalam dua minggu lagi kiranya, segalanya bakal aku tinggalkan di bumi tanjong malim ini. .macam2 rasa? macam mana untuk ditafsirkan ya.. sedih, syahdu, seronok bercampur-campur.. mungkin ramai yg rata2 mengatakan 'sunggguh tak sabar' nak bebas dari status seorang pelajar yang masih dipegang ini.. memang aku sendiri pun tak nafi. namun, jauh di sudut hati, sebenarnya sedih nak melepaskan status ini, lagi2 meninggalkan bumi yang sememangnya banyak memberi peluang aku mengutip seberapa mungkin pengalaman.. sebagai persiapan untuk bergelar seorang CIKGU terutamanyalah. juga persiapan menjadi seorang bakal isteri dan ibu... uikss, yang ini dah terpesong dari tajuk mungkin..heee.. siapa kata tiada apa yang istimewa disini? pejam celik, masa 4 tahun sekejap saja berlalu, dan tak lama lagi memang betul2 akan genap angka 4 itu.. pahit, manis semuanya tercatat di sini. terima kasih untuk pengalaman2 sebegitu yang menjadikan aku 'manusia'.. segalanya pasti tersemat abadi di ingatan hamba.. :) sedikit lagi, bakal melangkah untuk latihan mengajar.. lagi pengalaman untuk bergelar seorang CIKGU..


lepas ni.. tak ke kuliah lagi. tapi insyaallah ke 'kelas'.

lepas ni.. tak penat menyalin nota lagi. tapi insyaallah menulis di papan putih dan memeriksa karangan.

lepas ni.. tak pakai kad matrik lagi. insyaallah pakai tag nama ini pula..

lepas ni dah susah jumpa teman seperjuangan ini. insyaallah, ada masa jumpa lagi.terima kasih untuk persahabatan ini.. teman sepanjang 4 tahun. akan ku kenang sampai bila-bila.. ( Norhaini, Faralizah, Roshazima, Rosfaezah, Saripah Dora dll ) & semestinya, teman perjuangan program pendidikan BAHASA MELAYU 2006.

lepas ni, perjuangan di sini pula.. SMK Pusing, Batu Gajah. masih perlu kenal sekolah ini.

.

Sunday, October 25, 2009

berjuang untuk DUA dan SATU.

.
Sedar tak sedar, detik macam ini muncul lagi.. minggu ini sudah bermula hari-hari yang mana perlu mengadap buku-buku yang perlu.. jumpa lagi 'study week'.. SERONOKNYA..? hehe.. yelah tu.. semester ini hanya dua kertas.. lega lah sedikit, punya ruang yang lebih untuk ber'nyawa', menghabiskan bacaan yang perlu.. apa pun, mencuba sehabis baik untuk kali terakhir ini.. DUA kertas terakhir: SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU & SOSIOLINGUISTIK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.. minggu pertama peperiksaan nanti sudah siap2 menunggu untuk berjuang.. habis awal. boleh balik kampung awalll.. hehe.. yang ini pasti lagi seronok.. :)

DAN.. yang ini pastinya perlu ada.. macam biaselah..hehe..
.
.
.
.
.
.
.

.CADBURY dairy milk.. milk chocolate with Raisin, Almond & Cashew.
.CADBURY dairy milk.. milk chocolate with Roasted Almond.
(*_*)


yang SATU lagi tu pula, kertas projek, TESIS kesayangan.. Alhamdulillah, sudah siap sepenuhnya.. cuma minggu ini menunggu untuk dijilid.. sudah diluluskan! perlu dibuat 4 salinan.. khas buat penyelia, perpustakaan OA Gombak, UPSI, & salinan penyelidik.. akhirnya, inilah hasil kajian dan tulisan cik mawar berkaitan "Analisis Kata Kerja Tak Transitif Dalam Bahasa Semai"....
.
.

.draf belum jilid.

SEKIAN.. jom pakat-pakat kita membaca.. minggu ini minggu membaca.. JADI, jangan nakal-nakal.. ingat pesan BONDA & AYAHANDA selalu... :)
.

Friday, October 23, 2009

MAAF. Jauh untuk sempurna.

.MAAF.. aku bukan sempurna. Malah sangat jauh untuk menjadi seperti itu.. oleh itu, maaf atas setiap keterlanjuranku dalam berbicara atau kelakuan.. teramat sukar nak menjaga hati semua orang.. bagi yang benar-benar memahami, terima kasih!
Maaf.
Maaf.
Maaf.
.

Apabila aku berkata: tersenyumlah!

.
Iliyya Abu Madhi berkata dalam puisinya:


Dia berkata : "Langit sedih dan terlihat murung."
Aku berkata: "Tersenyumlah! biarkan kemurungan itu ada di langit!"
Dia berkata : "Kesamaran telah merasuk!"
Aku berkata : "Tersenyumlah! dukacita tidak akan pernah kembali, sebab ia telah mati."
Dia berkata "Langit di angkasa telah menyatu dengan cinta yang berkobar dalam dadaku dan telah menjadi neraka Jahannam. Dia khianati janji setelah merenggut hatiku. Lantas bagaimana aku sanggup tersenyum?"
Aku berkata : "Tersenyumlah dan bersenanglah! Kalau kau tetap bersama kesedihan, akan kau habiskan seluruh umurmu dalam kepedihan!"
Dia berkata : "Perniagaan mendekati kerugian seperti seorang musafir yg hampir mati kehausan atau seperti singa yang haus darah. Dia meludah darah setiap kali menjulurkan lidah."
Aku berkata : " Tersenyumlah! Kau bukanlah penyebab kesembuhannya, kecuali bila kau ahu tersenyum. Apakah ketika orang lain berbuat dosa dan tidur dengan perasaan takut, engkau merasa bahawa engkaulah pendosa itu?"
Dia berkata : "Musuh sedang berada di sekelilingku. Mereka berteriak menakutiku. Bukanlah aku telah tertawan dan apakah musuhku tidak melihatku?"
Aku berkata : "Tersenyumlah! Cacian mereka tidak ditujukan untuk menuntutmu jika kau tidak lebih mulia dan agung daripada mereka."
Dia berkata : "Musim telah jelas tanda2nya tergambar padaku di pakaian dan lukisan, sedang diriku mempunyai kewajipan terhadap kekasihku namun tidak ada satu dirham pun di kedua telapak tanganku."
Aku berkata : "Tersenyumlah! Bukankah kau masih hidup? Kau bukanlah termasuk orang yang tidak mempunyai kekasih."
Dia berkata : "Malam-malamku berlalu dalam kepahitan."
Aku berkata : "Tersenyumlah! Jika kau merasa pahit, semoga orang lain melihatmu sedang bersenandung. Lemparkan kedukaan jauh-jauh dan tetaplah bersenandung. Apakah dia akan melihatmu jika engkau bernyanyi dengan limpahan dirham atau kau merasa rugi jika engkau bernyanyi dengan hati berseri-seri? Wahai sahabat, janganlah sampai kesedihan membuat mulutmu terdiam dan raut mukamu menampilkan kesedihan. Tersenyumlah.....! Sungguh bintang-bintang pun tersenyum dan kegelapan akan saling berbenturan. Oleh kerana itu, kita menyukai bintang-bintang."
Dia berkata : "Keceriaan tidaklah akan membuat keadaan menjadi lebih baik. Ia datang ke dunia ini dan tetap akan pergi walau terpaksa."
Aku berkata : "Tersenyumlah! Selagi hanya dikandung badan selama engkau masih hidup sebab sudah terlalu lama engkau tidak tersenyum."

* * * * * * * * *
Sesungguhnya, kita sangat memerlukan kepada senyuman, wajah yang ceria, hati yang lapang, akhlaq yang menawan, jiwa yang lembut, dan keramahan:

Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku (Muhammad) agar kalian bersikap tawadhu' hingga tidak ada seorang pun yang berbuat zalim terhadap orang lain dan tidak ada seorang pun yang berlaku angkuh terhadap orang lain. (Al-Hadith).

.

strawberi coklat : edisi istimewa.

.
Strawberi coklat.. hurm.. tgk strawberi ni, teringat2 pula pd kisah pertama di Cameron 5 tahun yang sudah.. fokusnya strawberi ye.. yang lain2 tu abaikan dulu.. hehe.. yang di Cameron hari tu, rasa strawberi celup madu.. nampak memang menggiurkan lah.. tapi bila makan, sungguh cik mawar tak boleh nak telan.. kawan2 yang lain dgn seronoknya menikmati.. tak mengapalah yang itu..

ini cerita malam ni.. bukan 5 tahun yg dulu.. malam ni sama2 menikmati strawberi coklat... resepi pn. Haini ni lah.. dia memang 'hantu'.. banyak sungguh strawberi yang dibawa balik ke sini.. aku pulak, takda lah suka sangat menikmati sangat buah comel ini.. tapi bila dgr dia nak celup coklat tu.. dalam kepala dah terbayang2 dah.. aku suka nak makan coklat cair tu je.. jadi, tadi kami dah masak coklat cair tu untuk dicelup strawberi.. yummy... sedapp.. tapi belum pun sepenuhnya coklat tu masak pun, aku dah siap merengek2 mintak nak makan coklat tu dulu.. hehe.. sabar jela.. aku ni memang tak boleh tengok coklat ni.. entry ni nak letak gambar strawberi byk2.. boleh la ea.. ;)


tengok la strwberi2 ini semuanya comel2.. br keluar dr peti ais.. disaluti ais.

meh zoom dekat2 sikit..

manis2 masam. yg br dikeluarkan dr peti ais, beku. rasa mcm aiskrim strawberi. :)

sementara menunggu coklat dimasak. tunggu sampai betul2 likat tau, barulah sedap.. (masa ni lah, aku dah sibuk duk mintak ngan si Haini nak rasa coklat yg agak pahit ni.. yela, dah belum sempurna rasa coklat ni...)

yang ini menunggu masa dicelup coklat itu.

.
.
.
.
.
.
.

ok.. siap. inilah strawberi coklat edisi istimewa dari kami.... sedap! sampai menjilat jari..

selebihnya.. masukkan semula utk dibekukan ke dlm peti ais..

terima kasih!
hasilnya, perut aku malam ni sudah penuh..
nanti boleh lah tidur dengan tersenyum...
(*_*)
.

Thursday, October 22, 2009

.makanlah buah untuk sehat ;)

.
Alhamdulillah, hari ni dah berkurangan kebosanan ni.. mana tidaknya, hari ini penuh acara makan2.. dari pagi sampai ke malam.. haa.. dari pagi sampai malam ye.. puas hati makan2 buah.. apa tandanya ni? tanda hati yang penuh bunga2 keriangan atau hati yang keresahan? yang ini tuan punya badan pun susah nak bagi kepastian.. ada orang, bila stress makan banyak.. ada orang pulak, bila stress tak selera makan.. tapi yg pastinya kalau orang yang tak stress, hati senang lenang mesti lagi selera nak makan kan... hehe.. cik mawar ni pulak, tak kira masa, makan memang tak tolak tepi.. ;)

hari ni dah ada teman balik.. tak la tinggal sorang2 kat bilik ni.. yela, sungguh2 isteri orang tu tinggalkan aku.. 2 minggu.. terkulat2 kat bilik, mengisi ruang apa yang patut la.. lagi la, kebelakangan ni memang tak ada aura nak pegi merayap2.. entah la..

yang makan2 tadi tu, hari ni memang makan macam2.. rambutan, durian, jagung n strawberry dari Cameron Highland.. si Haini ke Cameron bersama en suami beliau.. jadi, inilah buah tangannya.. merasa jugak durian hari ni.. musim durian melanda lagi di tg malim.. musim kedua untuk tahun ini.. unik kan? si Haini pulak memang dapat partner yang mmg boleh dikatakan 'hantu' durian.. jadi, memang layan lah.. hehe.. DURIAN oh DURIAN.. untuk faa: sabar lah ea.. durian memang sedapp lah..


isi durian ni cantik. tengok pun leh tertelan air liur. hehe.

jagung dari Cameron.. manis. biji2nya cantik, selang2 warna kuning dan putih.

.

Saturday, October 17, 2009

bau itu. dan kenangan.

.
..rindunya pada bau ini. sungguh pun.
(o_O)

alahai anak buah manja....

.
.
malam semalam.. sedang kusyuk menyuap nasi ke mulut.. telefon menyanyi2.. tertera nama kak fara... (kakak ipar).. hurm.. bila angkat tu, dgr suara org menangis.. hairan juga mula tu.. oo.. rupanya anak buah, nisrina najihah nak bercakap..

c' cik...
najihah rinnduuuuu c' cik...
najihah sayaaaaaang c' cik...

bila
nak datang umah najihah lagi....

sambil sungguh2 dia nangis tu.. alahai anak buah aku seorang ni.. manja sangat2.. sensitif dia kadang bila rindu sampai boleh nangis2.. shahdu aku dibuatnya.. tapi nasib baik lah c' cik tak terkeluar air mata.. hehe..

najihah..
c' cik pun rinduuuu, sayaaaaang najihah...

c'cik sayanggg najihah banyak air lauut tau..
jangan nangis ea.. lain kali c' cik pegi lagi umah najihah..
skrg x boleh.. najihah skolah.. mama, papa pun skolah.. c' cik pun skolah..
najihah good girl kan?

si aunty ni pun ala2 memujuk la si manja seorang tuu.. sebenarnya, dia rindu nak balik kampung.. hehe.. najihah.. najihah...



Thursday, October 15, 2009

unsur alam saya: tanah.


.
merayap2, pastu terjumpa benda ni;
.KENALI DIRI MELALUI UNSUR ALAM.

kadang, saja2 seronok juga baca benda2 macam gini.. kaitan unsur alam dengan personaliti diri menurut urutan dalam keluarga ni dah lama kita dengar.. terutamaya orang2 tua la.. selalu bercerita benda ni terutama bila memilih pasangan.. nak tau pasangan yang macam mana serasi dgn unsur kita. mungkin betul jugak kan? misalnya tanah mungkin sesuai dengan tanah, mungkin dengan air, atau mungkin dengan api.. hehe.. tanah tu kan sifatnya sejuukkk.. hehehehe. biasa dengar api tak boleh dengan angin, dan macam2 lagi la.. tapi tak semuanya lah benda ni betul.. apapun, unsur alam cik mawar adalah tanah!

Unsur tanah ni ialah milik individu yang mempunyai urutan dalam keluarga yg pertama, ke-5 dan ke-9.. Golongan ini suka menjadi orang yang memberi arahan, mempunyai pegangan nilai tersendiri, tidak mudah dipengaruhi, tetap pendirian, kuat semangat, sukakan kebebasan, teliti membuat keputusan, selalu pening kepala memikirkan masalah keluarga & adik beradiknya, sabar & tidak cepat marah, selalu bimbang dengan keputusan yang dibuat, seorang yang keras hati & sensitif, menjadi rujukan bagi adik2nya, tabah menghadapi hidup, boleh diharap & sentiasa tenang menghadapi sesuatu situasi....

.
.
.
.

komen cik mawar: ada yang betul. ada yang tak. keseluruhannya, boleh la.. hehe

ke udara lagi.

.

sejak kebelakangan.. rasa tak mampu bersembang panjang di mawar terindah.. ayat pun pendek2, yelah tu..tanda kering idea.. (*_*).. banyak yang nak dicoretkan, tapi tidak berdaya.. macam2 dalam kepala ni..

hari ni ke udara lagi.. pagi2 isi perut ngan nasi lemak.. makan kenyang2 dan bertapak la di sini.. puas2.. puas2? tak tahu lagi, sampai mana tahap kepuasan boleh dicapai ni.. SEBAB, dlm kepala dah memikirkan menu apa nak masak hari ni?? huhu.. minggu ni selera makan ber'double2'... he2.. mungkin ada sebabnya.. dah terjawab semalam. baru seminggu lepas masak menu diet: asyik sup sayur je.. konon nak comell sikit la berbanding yang ada skarang ni.. tapi semua dah cik mawar letak tepi.. sabar lah ye wahai pakcik2 lemak.. nanti lain masa lah cik mawar hapuskan kamu... hurm... tapi pagi tadi dah makan nasi lemak?

dah seminggu kena tinggal ngan isteri org.. huhu.. yelah, isteri orang kan.. minggu ni tambah lagi seminggu.. dah macam 'roti masuk angin' aku kat bilik.. aduuh la.. bosan sungguh... tapi duduk juga aku memerap kat bilik ni.. nak keluar ke mana2 pun malas, takde mood lah.. ntah apa2 lah mood sekarang ni.. tesis? alhamdulillah.. dah selamat disiapkan sepenuhnya.. minggu ni jumpa penyelia, masih ada sikit2 yang kena diperbaiki.. terutamanya 'bahasa'.. kadang aku lemah jugak bab2 memperbetulkan bahasa sendiri ni.. hehe.. yelah, bukan sesempurna orang pandai.. :( Jadi, minggu ni kena tengok2 lagi, sebelum dihantar untuk jilid.. tak sabar... dah tak mahu mengadap lagi..

Sunday, October 11, 2009

ada apa dari sana untuk saya?

.
.


TUNGGU...
menunggu buah tangan dari Pulau Redang..

...hurm...
(o_O)



Thursday, October 8, 2009

hakikatnya : bukan.

.

huh!

mengeluh?
memang pun.
macam2 jadi.
semuanya tak sikit membantu hati gembira.
tambah jadi kusut ada la.
pening.

rasa ingin sendiri.
bukan nak lari tapi hakikat dari hati begitulah.
bukan nak mengelak.
bukannya sombong.
jauh sekali bukan tak ada hati dan perasaan.
tapi mungkin kadang perlu begitu.

kerana..
aku mahu kamu mengerti!


mohon segala yg susah menjadi mudah.

.
.


Insyaallah..
semoga yang susah mudah-mudahan menjadi mudah..
apa jua yang tertutup akan terbuka..
dan semoga segala urusan yg ditempuh dipermudah oleh Dia Yang Satu..
Hanya Dia Yang Maha Mengetahui..

.


Thursday, October 1, 2009

menjejak.

.

kali ini bukan cubaan yg pertama kali aku cuba menjejak sekolah latihan mengajar untuk semester hadapan.. tapi macam susah aje? hurmm, bakal menjalankan latihan mengajar di Batu Gajah. masih di Perak la nampaknya.. ada kisah juga di sebalik pemilihan sekolah praktikum ini. hehe.. sedih dan lucu. tapi apapun, aku tak dapat merasai peluang tu. terlepas. dan aku menerimanya dgn hati yg terbuka.... Sambil menyiapkan tesis di perpustakaan ni, cuba juga intai2, risik2.. tgk2 peta perak.. hajat di hati nak juga menjenguk sendiri sekolah itu hujung minggu ini.. yela, banyak persediaan yang perlu dibuat..

tapi, hanya ini je yang aku dapat; Peta perak? cukupla sekadar tahu di mana lokasi Batu Gajah tu, buat permulaannya.. lain kali jejak lagi... huhu..




macam2 rasa tika ini..


.

rasa sepi.
hurm.. sepi sungguh pun.. sepi dari khabar berita, sepi dari jenguk-menjenguk, intai2, hiburkan hati.. hu2.. internet..! mengapa kau siksa jiwa aku yang sepi ini.. rindu pd sesuatu.. terutama 'mawar terindah' ni lah.. kadang w/pun tak tercalit apa pun, suka berada di sini.. apa2 jelah.. sejak balik ke sini, tak dapat langsung.. dah tak boleh duduk diam rasanya..

rasa rindu.
rindu suasana yang dulu2.. pada orang2 yg dulu.. teman2 yg dulu.. rindu pada sahabat baik, cayunk! kalau menjengah, tinggal la jejak k.. kita tak jumpa pun masa raya hari tu.. :(

rasa pelik.
selera makan makin bertambah la sejak balik ke sini. adoii.. baru saja simpan angan2 nak berdiet.. tapi yang ini nampaknya membantutkan semangat aku aje.. kena diet. kena kurus. kena kurangkan kg! sungguh pun.

rasa lapang.
lapang sebab asgment semuanya sudah selesai.. oleh sebab itu, aku dengan rasa lapang hatinya dapat menumpukan perhatian pada tesis yang masih berbaki. sedang menganalisis dapatan kajian.. bab yang paling penting dlm kajian aku ni.. bab rumusan pun sudah disentuh..

rasa benci. tak suka.
isk, tak baiklaa rasa macam tu.. heee..
(+_+)


sebenarnya, banyak lagi rasa yg sedang bergelumang dalam hati dan fikiran.. tapi selebihnya, biarlah rasa itu semakin melabuhkan tirai dgn sendirinya.. hakikatnya, rasa ini hanya rasa aku, bukan rasa siapa2..

.