Tahu tak, serius saya rasa saya tak cukup rehat dan tak cukup waktu TIDUR sepanjang minggu ni. Rindu sangat nak peluk bantal lama-lama. Tiap2 malam rasa sekejap aje dah pagi. Paling tak suka bila tengok jam: pukul 6 pagi. Huhu. Isnin-Khamis minggu ni ada di sekolah sampai 5-6 petang. Mesyuarat dan ada latihan merentas desa. Eh, rasa macam awal je kan minggu kedua dah mula latihan merentas desa. Saya pulak macam jakun pasal latihan ni dah ikut trek sebenar. yela.. saya rasa masa zaman saya sekolah dulu, latihan setakat kat padang macam tu je. Eh, ye ke? Saya siap kena jaga check-point bagai. Hiii.
Dah dua hari berturut-turut jaga check-point dengan Ajmal. kawan baru kat sekolah tu. Semangat jaga check-point pasal ada kawan satu kepala buat teman sembang. Letak kereta bawah pokok dan duduklah kami kat tepi jalan tengok2 budak lari. Eh, macam segan je pasal ramai sangat orang lalu.
Hari kedua ni, ada kes lucu masa jaga checkpoint. Ada 2 orang pelajar Cina lelaki dan diorang ni kiranya masuk kategori sampai lambat la. Bila dia lalu tepi saya dan Ajmal, kitorang tegur la. Tanya dia: larat lagi ke nak habiskan. Yang kelakar budak tu boleh tanya dan reaksinya terkejut: "Awak ni cikgu ke?" Saya dan Ajmal terlopong dah. Saya jawab jela: "yela... cikgu la". Budak tu tanya lagi kali kedua. Dia macam tak percaya yang kitorang ni cikgu. Eee, geramnya rasa. Hii. Rupanya pelajar tingkatan 1. Mana dia nak kenal kalau saya tak ajar dia kan. Tapi lucunya soalan dia tu. Dah sah2 la haku ni cekgu. kalau tak, takde masanya nak jaga korang kat tepi jalan tu.
Tiba-tiba rasa terfikir. Ah, kan lagi bagus kalau saya ikut sama joging kan. kan. kan? ;) Minggu depan ada sekali lagi latihan. Then, hari sebenar merentas desa Sabtu nanti. Sabtu sekolah tauuu. Cuti ganti Tahun Baru Cina. Maka, berkurang lagilah ruang untuk saya bersuka ria di hujung minggu.
No comments:
Post a Comment