Assalamualaikum.
Agaknya bunyi macam sibuk benar kan kalau kata sampai tak sempat nak update blog. Tapi gitulah kenyataannya. Sebenarnya, tiap2 petang bila balik sekolah, rasa penat betul badan. Mungkin campur penat otak berperang dengan pelajar. Sekejap nak kena set kepala nak ngaja Bahasa Melayu. Sekejap nak kena set kepala nak ngaja Geografi. Jarang-jarang ajar Literasi Komputer. Hihi. Macam kelakar je saya ni. Minggu pertama macam susah sangat nak hafal kelas. Dalam sehari memang berkali-kali tengok jadual. “Eh, kelas ni aku ajar BM ke... Geog ek..” Haha. Tapi sekarang dah masuk minggu 4. Dah cair kat dalam kepala yek.
Dah habis membebel.
Sabtu lepas sekolah saya sekolah ganti bagi cuti Tahun Baru Cina. CNY nanti kami cuti sekolah seminggu. Jadi, kenalah ganti sekolah. Ganti hari sabtu dan pengisiannya aktiviti merentas desa tahunan. Iyelah, kan agak liat sikit kalau nak ganti hari sabtu dengan adakan p&p macam hari biasa. Budak2 pun belum tentu semua yang datang. Diorang sayang betul cuti hujung minggu 2 hari. Sudahnya ada yang ambil cuti lebih sampai hari isnin pasal sabtu dah sekolah.
Kali ni saya tak dapat tugas khas jaga apa-apa masa merentas desa tu. Cuma, ditugaskan membantu rumah sukan: uruskan budak-budak. Lastnya, seronok la saya sekejap ke situ. Sekejap ke sini. =) Haha. Bohong!
Tapi kannn, tak sangka rumah sukan saya menang JUARA keseluruhan! Waah, betul-betul kagum la dengan pelajar saya pasal tengok dari segi kehadiran, rumah sukan saya tak ramai sangat. Tapi mungkin sebab banyak dapat mata, boleh menang. So, dont judge a book by its cover~
Balik merentas desa berkejar-kejar pasal ada orang belanja makan satar n keropok lekor yang sangat: perghhhhh sedap!! =)
Meh la layan gambar.
No comments:
Post a Comment