Nuffnang

Sunday, January 16, 2011

macam macam kisah.



Hari ni hari ahad. Cuuti lagi. Langsung lupa saya je cuti. Orang2 Trg-Kelantan sekolah dan berkerja kan. Bila terima call dari encik tunang baru perasan yang dia kerja hari ni. Haha. kejam saya ni. Lupa nak wish 'morning'. Pagi tadi tak boleh lelap pulak lepas Subuh. Selalu laju je kan tarik selimut lepas solat Subuh. Hihi. yelaa, hujung minggu aje pun boleh buat macam tu. Pagi-pagi semangat saya buka BUKU REKOD KEDATANGAN pelajar. Banyak lagi tak penuhkan maklumat dalam buku tu. Saya sumbat telinga dengan handsfree, dengar lagu yang rancak-rancak sikit, maka laju lah jawabnya tangan saya menulis. =) uwaaa. banyaknya kerja terbengkalai. Saya tak suka pasal bila banyak kerja tak beres, saya jadi serabut. Dan bila saya serabut mudah nak jadi emosi. Mudah jugak nak sakit kepala. Haipp.

Saya hampir terlupa nak ceritakan sesuatu kat sini. Banyak tauu kisah-kisah manis sepanjang menetap di bumi baru ni. Bila ada benda saya tak suka, nangis sorang-sorang. Bila ada benda yang mencuit hati, rasa nak senyum sorang-sorang. =) Hari-hari jumpa pelajar kan, hari-hari juga jumpa situasi baru.

Itu belum lagi masuk bab kecoh di kelas-kelas yang saya mengajar kata saya ni muka macam Jue Aziz. Alahaiii sayang, mahu gugur jantung cekgu bila dipanggil begitu. Macam mana lah ye diorang ni dapat pulak nampak saya macam tu. Mula-mula masuk satu kelas, buat biasa lagi. Aih, masuk kelas kedua pun, kata gitu jugak. Puas saya menafikan sambil senyum-senyum malu. Haha. Asyik merah je muka bila diorang panggil macam tu.

Soalan2 yang biasa: "Eh, cikgu tak shooting ea hari ni?" "Alaaa cikgu, sama la.." Haipp, comel betul anak-anak murid saya ni. Paling tak tahan. Diorang panggil saya cikgu Jue. Hik3. Errr, saya langsung tak perasan ok. Abaikan. Abaikan.

Ini pulak cerita yang membuatkan saya rasa: "oh, sweetnya diorang tu". Saya masuk kelas 2A macam biasa. Ajar Bahasa Melayu. Hari tu saya mengajar KOMSAS. Saya ada buat aktiviti kan. Panggil wakil datang berlakon kat depan ok lagi. Masuk bab saya soal-menyoal entah macam mana diorang bising pulak, dan tak mahu buat apa yang saya suruh tu. Bukan semua la. Beberapa orang je. Tapi entah macam mana jugak, tiba2 saya jadi sensitif pulak: pasal hari tu banyak kelas dan penat. Tiba-tiba saya diaammmm aje. Satu kelas dah mula senyap. Lepas tu saya buka mulut dan keluarlah ayat-ayat menyentuh perasaan diorang agaknya. Saya tak marah pun. Saya cuma luahkan rasa kecewa saya aje masa tu. Bak kata Lily: ayat touching. =) Kebetulan ada 5 minit je lagi nak habis waktu saya tu. Saya keluar je kelas tanpa sempat diorang ucap 'terima kasih cikgu' & tak sempat jugak salam-salam dengan pelajar perempuan.

Aih, baru sekejap duduk kat bilik guru. Datang la sekumpulan pelajar perempuan. Mintak maaf dengan saya dan salam2 kat bilik guru tu. Uit, maluuu saya tau. Cikgu-cikgu kat bilik guru tahu laa lepas tu kan. Segan oh saya. Lagi sweet: pelajar lelaki pulak datang pujuk bawak air tin bagi saya. Itu pun sebab ada sorang cikgu saja pergi takut2kan diorang n cakap: kalau nak suruh cikgu Ros tu maafkan, awak kena bagi air tin. Hiii.


Ya Allah. tak sangka pulak macam tu kisahnya hari tu. Padahal saya bukan apa-apa pun. Ala, marah cikgu pada anak murid bukan disimpan dalam hati pun kan. Tapi, yang penting bagus jugak la diorang tu macam tu. Sekurang2nya masih sayangkan kita. Dan hormatkan kita. =) kenyang saya waktu rehat tu dapat minum air soya pemberian anak-anak comel 2A saya. Alahaii. lain kali boleh merajuk lagi la ye. =)


Haha. mengada pulak cikgu ni. takde yang nak pujuk baru tahu.





No comments: