Nuffnang

Sunday, January 2, 2011

hijrah seterusnya: rumah baru.

Ehemm. Meh-meh nak tunjukkan rumah-baru saya. Waah, bunyi macam rumah baru beli je kan . Tapi, idaklah begitu. Rumah-baru ni rumah baru nak masuk. Kat sini ada kompleks kuaters pendidikan. Ada 3 blok 5 tingkat. Sebenarnya ada banyak jugak rumah kosong, tapi tak semua keadaan baik. kira rumah yang kami dapat ni rumah yang paling ok la.


Rumah ni cantik. yang penting selesa la untuk dihuni 2 orang. perabot semua dah ada: katil, almari bagai. Cuma tv, peti dan mesin basuh tu kena beli sendiri la. Amboi, bertuah benar la nak dapat rumah yang lengkap semua gitu yek. Jangan harap. lah Tapi setakat yang dapat ni memang dah cukup sangat dah. kira kelengkapan asas cukup. Tak macam praktikum dulu, berbulan-bulan merasa tidur atas lantai beralaskan toto. Hihi, mula2 konon tak biasa, sakit pingganglah. Tapi dah lama-lama macam seronok pulak tido macam tu.


Petang tadi keluarga-baru saya ke sini. Oh, saya ada keluarga baru yang sangat baik kat rompin ni. =) Setelah hampir 2 minggu rumah ni tak berjenguk. kunci dah dapat 2 minggu lepas lagi, cuma belum selesaikan urusan air dan letrik. Tombol pintu rumah ni takde kunci. Jadi, petang tadi ke sana gantikan tombol baru dan kemas rumah mana yang patut. sapu-sapu debu yang ada. Minggu depan misi membasuh rumah pulak. =) Sape nak tolong? Nanti saya belanja ABC. hee.


Dalam masa terdekat ni terpaksa hidup bersederhana pasal gaji tak masuk-masuk lagi. Lambatnya. Tak sabar dah rasanya nak shopping. Gaji, cepatlah masuk. Tangan dah gatal-gatal ni. =)



Mari kita tengok gambar ye.


Inilah rumah yang belum dibasuh. Cuma dah siap disapu. =)




Bahagian yang laing saya suka. Dalam bilik ada katil & almari. yang penting almarinya besar. Muat untuk stok baju-baju yang ada. =)



Pemandangan dari bilik baru-saya. Ada taman kat bawah tu ye. Nanti boleh main.


Inilah keluarga-baru saya. =) Bergabung tenaga.


Kat atas ni muka2 yang seronok dan teruja menjenguk rumah-baru kami. Hihi. Nanti tiap hujung minggu jangan lupa datang berkampung ye.




waa. penat nak update. Dah tulis panjang-panjang boleh pulak hilang. =(


No comments: