Nuffnang

Monday, January 10, 2011

mengidam tak jadi.


Hari ni, pukul 5.30 baru sampai rumah. Perghh, lamanya kat sekolah hari ni ye. Habis p&p tadi ada mesyuarat. Setiap hari Isnin memang ada mesyuarat. Ada pulak 4 taklimat dalam mesyuarat tadi. Sampaikan mahu termengantuk dalam mesyuarat tadi. Bayangkan la, otak dah penuh la bila petang-petang. Tapi apakan daya.... berseronoklah dalam apa jua benda yang kita buat. Barulah rasa tak bosan dan terpaksa. Akhirnya, kena la juga merawat hati sendiri kan. huk3.

Sebenarnya otak macam tak terfokus lagi untuk mengajar semata-mata pasal awal tahun ni terlalu banyak aktiviti kat sekolah. Dan yang paling sibuk mestilah guru kelas. Itu ini, gitu gini. Tadi taklimat SMM (Sistem Maklumat Murid) dah tak berapa berkesan dalam kepala. Hihi. Teruk saya ni kan. Ahhhh. Tiba-tiba rasa cuti 6 bulan lepas macam tak cukup. Sekarang dah tiba masa untuk saya menghargai ruang rehat yang diberikan pada saya berbulan-bulan lepas.


Kat sini dah mula hujan tak berenti. Tak lebat pun tapi hujan je dari pagi sampai petang. Balik je petang tadi, ada pulak budak comel, Mila termengidam nak makan cendol. Haih, saya pulak hantu cendol pulut kan. Memang ada satu gerai yang sedap kat sini. Lagi satu sup. Jadi, sejuk-sejuk macam ni memang kena sangat rasa nak makan sup-sup. Cendol pulut tu toksah kira la kan, tak kira sejuk atau panas. Layann aje.


Tapi, yang sedihnya, baru je berangan nak makan, kedai tu pulak tutup. Mungkin sebab dah lewat sikit kami pegi, tambah hari hujan. waahh, kecur air liur, punya la teringin sangat nak makan. Last-last kedai dah tutup. Sarah suggest kedai alternatif yang agak glemer kat sini. Hii. Kami pergi kedai Kama. (Eh, betul ke gitu namanya ye..?)



Abang ni tengah ambil order. Kesian dia pasal layan karenah kami yang teringin nak makan macam-macam. Siap tanya lagi. kenapa takde cendol kat kedai tu. Hu2. Kelakar. Si abang tu pulak, melayan pulak siap penerangan bagai pasal apa cendol takde kat situ. Sabarr ye bang.



Teringin nak makan yang bersup. Saya makan kue teaw tomyam. Macam lama dah tak makan. Kat sini air special: Kelapa float. Gambar kat atas tu. Memang kaw. RM 3 per gelas.

Main tembak-tembak dengan Cik Mila. Haha, baru perasan yang dah lama benor saya tak buat tangan macam tu. Pasal dah lama macam budjet posing orang besar-besar kan. Matured la konon. Hihii. Ah, makin boolatkah saya? Dah janji dah ngan Zila, masuk rumah baru nanti saya nak mula diet gila-gila. Hiii.


Ini Sarah & Zila. Semua masih ber'tittle' cik ok. Perasan tak kami berbaju kurung? Hii. Masa ni dah dekat pukul 7 dah. Mesti orang-orang kat kedai tu pelik sikit kan. Kononnya meraikan Ana Raffali juara AJL. Ahh, tak puas hati betul saya. =( walaupun semalam tak tengok sampai habis pasal macam tak menarik je. Katil lagi menarik-narik tubuh saya untuk landing.




Daaaa~
kenyang dan balik rumah.
Ahh, pukul 8 dah rasa mengantuk.
Nak tido.
Nak tido.



=)


No comments: