Nuffnang

Wednesday, January 26, 2011

Mood jalan-jalan buat tambah lemak di badan


Ada lagi sambungan gambar dan cerita. =)
Saya punya blog dan saya punya ruang untuk tulis, apa-apa jela kan? Hari tersebut, niat asal mahu survey barang. Survey maknanya window shopping jela kan. Pasal gaji tak masuk lagi masa tu. Tapi saya ni pelik sikit. Jarang2 je boleh WS betul-betul, pasal selalu kalau niat shopping tu mesti shopping jugak. Jadi, bila tak banyak dana, niat nak window shopping pun jadi hilang! terus tak semangat. Tapi sempat jugak tengok-tengok mana nak diintai. =)

Takde mood nak shopping. Best jugak ambil angin. Pergi Telok Chempedak. Lagipun tak pernah sampai situ. So, itu kali pertama la saya sampai sana. pun malas nak jenjalan panjat jambatan panjang tu. yang kelakar, mana-mana pun tempat saya pergi, mesti tak jauh dari pantai. Balik kampung pun, lepak pantai. Duk Rompin pun dekat pantai. =)



Masih pagi masa tu. So, banyak bergambar aje la. Mujur ada photographer yang sangat memahami. Pandai dia pujuk saya dengan ambil macam2 pose. Sukaaalah~ Err.. Bila tengok gambar kann.. rasa sedih! kenapa la muka saya sudah kembali membolatt. waaah, x suka.... penat kena diet semula neh.



Beli keychain. Haipp. konon la tanda kenangan. Haha. Ini yang tepi2 pantai. kalau yang dekat deretan kedai tu lagi rambang mata tengok. Semua macam cantekk. Mujur la saya ni bukan penggemar keychain sangat. Setakat nak ada letak kat kunci je. Satu untuk saya. Satu untuk dia. =)

No comments: