Nuffnang

Wednesday, November 10, 2010

mawar dan daisi diabadikan

Kawan-kawan, ingat lagi tak post ini?


yang saya minta idea nak simpan bunga kekal untuk tatapan masa akan datang. ye, dah ingat?


OK. Disebabkan tak siapa pun sanggup bagi idea kat saya. Dengan gigihnya saya fikir cara sebab kalau boleh memang nak sangat simpan dengan cara lebih elok. Dari terbiar atas almari dan siap ditegur oleh kakak sebab saya letak tepi tv. Bukankah itu memang menyemakkan sebab dia tak tahu nak hargai. hehe. Bukan. Sebab saya main letak je. Tapi.. saya suka. sebab nampak untuk dilihat hari-hari. kan?





Kenapa beria sangat buat macam ni? Orang lain takde kecoh pun, kenapa saya sibuk2 nak kecoh nak simpan bunga ni? Pada saya, apa jua pemberian orang kita harus hargai. Kalaulah si pemberi tu pula tahu pemberian dia kita hargai sampai sanggup simpan hingga bertahun2 pun. mesti dia rasa bangga kan? Silap-silap dia nak hadiahkan lagi. Untung kan? kalau saya pun saya bangga tau! katalah kita pernah bagi dia coklat cadbury. 5 tahun lepas tu dia boleh tunjuk balik kulit cadbury tu kat kita. tidakkah kita berasa dihargai? Hehe. sebegitu teliti dia boleh buat!


Sekadar selingan saja tu. OK, berbalik kepada kisahnya dua jambak bunga kering ini. pagi semalam saya mulakan kerja-kerja membogelkan plastik pembalut dan asingkan bunga, daun dan ranting. Seronok pula sebab dah lama tak buat kerja-kerja macam ni kan. Sampaikan tunang saya komen, cakap pandai saya guna idea buat scrapbook masa darjah 6 dulu. Haha.


Lepas je siap, saya letak di wall mukabuku. Teruja la tu, sebab rasa macam buat kerja pendidikan seni. Haha. Tahu tak kawan, saya rasa tak sia-sia sebab ramai kata cantik! hehe. Dan sekurang2nya saya dah berjaya beri idea kepada kawan-kawan lain yang pastinya masih menyimpan jambak2 bunga itu di atas almari rumah masing-masing.


Bunga tu memang dah kering. Saya bukak plastik pembalut tu dengan penuh cermat. sebenarnya sayang nak ceraikan dia dari plastik tu. Sebab dengan plastik tu lagi nampak cantik. Tapi, lama-lama bunga tu akan rosak juga. Masa tanggalkan plastik pun dah ada macam debu-debu kulat pasal kat bawah tangkai tu diletak kertas lembap.


Cerita tanpa gambar macam biasalah, mesti tak seronok dan tak kukuh kan?




Pertama buat bunga ros ini. Ada 5 kuntum. Tapi bila dah asing2kan dia. Saya pilih yang mana nampak ok lagi. dan ceraikan kelopak2 tu. Nak tempek macam tu je tak cantik sebab jadi tebal pula album tu nanti. Lembut weh kelopak mawar ni. ---->




Dah pilih yang mana lepas tapisan, boleh tampal kat album ni. Gam kan dah sedia ada, jadi senang la nak lekat. susun cantik-cantik. Tapi yang ini biasa-biasa je, tapi saya suka. Mestilah, sebab tangan sendiri buat kan. Hihi. 2 muka. ----->




Hasilnya begini... ---->




Dah siap semua bunga mawar tu saya teruskan bunga daisi ini pulak. Ada 3 kuntum. Berbeza warna. tapi bila dah kering ni warna sama je, kekuningan. kelopaknya lagi mudah tercabut. Sentuh sikit je. Memang tak boleh cerai2 macam mawar, jadi saya tempek sekuntum terus. Dua je, sebab satu lagi tak cantik dah. ---->





Hasilnya begini.. ---->



Kamu, kalau ada nak cuba idea ni boleh cuba buat. Rasa macam budak remaja pulak. :) Seronok juga kan main-main macam ni. Bolehlah kita simpan bunga yang bersejarah ni untuk bertahun-tahun akan datang. Nanti dah ada anak pun boleh tunjuk lagi.


Nak tengok bunga ni semasa segarnya boleh tengok post ini. :)


Kalau nak tengok banyak2 lagi bunga ni masa hari kejadian konvokesyen boleh baca post ini. ")


Terima kasih. Selamat mencuba! Kamu peminat bunga ke?





2 comments:

KTS said...

bunga peminat kita... camane tu??

hihihi.. tipu je

.
.

wah! sgt rajin...

kuat ke gam album tu?? kena gam uhu gak kan.. sbb takut lama2 melurut keluar...

Mawar Maizza said...

hik3. kalau bunga peminat awak, bertuahla pasal boleh tdo dgn bunga hari2. :)

Gam tu stakat ni ok lagi. klu nampak dah nak terbukak tu tampal je salotape pun dah ok kot. hehe. takde gam uhu.