Nuffnang

Monday, November 8, 2010

rambut sama hitam, tapi hati belum tentu sama merah

kalaupun akhirnya blog ini akan dinyahkan... aku redha dan pasrah!


huk3. apa punya intro. Tak menarik langsung kan. Dalam kepala, tersangat banyak benda yang nak diceritakan. yang nak diluah. Segala macam. Tapi tak tahu nak luah dimana sebab sekarang ni dah banyak persinggahan. iye, selalu berpegang pada prinsip yang bukan semua orang sesuai untuk tahu dan dengar cerita kita dan bukan semua orang nak tahu. Pilih kasih? ya, lebih kurang la.


Kadang betul jugak, kang terlebih cerita, ada orang termengumpat kat belakang. Poyo lah! hape la. itulah, inilah. Ada orang tak suka cerita kita mungkin sebab dia tak suka kita. ataupun dia dengki tak? yup, rasanya memang dia dengki kita, jenis tak boleh orang lebih dari dia.


Haihh, apa yang dimerepekkan ni?


No point?


ketepikan. Saja je nak meracau2 sebab bosan yang amat ni. tak ada idea nak menulis.


Saya lagi seronok di sana. tapi rasanya tak akan tinggalkan yang ini jugak. Cuma, mungkin kurang. Eh, tadi kan..... (gatal jugak nak share) rasa seronok yang amat. Eh, seronok ke? bangga? di awangan? Entah la. tak ada satu perkataan pun nak gambarkan ni. Tapi, satu je nak cakap... hari ini buat kali pertamanya rasa terlalu dihargai bila baca sesuatu yang terhasil dari dia. tak sangka sebegitu dia mampu. kawan-kawan, sebenarnya apa-apa yang tak terluah tu bukannya mesti kita rasa tawar dan tak ada apa2. Jauh disebalik tu sebenarnya bila sekali ia tersurat, baru nampak. wahhhh! itu dia. tiba2 rasa macam diangkat ke langit. haha. tipu ok. dengan berat sekarang ni belum tentu dia mampu nak angkat. Nak aksi angkat2 kahwin dulu ye, baru halal.


hebatnya dia! saya pun tak sehebat itu.


Memori kita mungkin berbeza. Ada benda yang saya ingat, awak tak ingat. Ada benda yang awak mampu ingat, saya dah lama hilang dalam memori. Mungkin simpan dalam fikiran jangka masa pendek. Apapun, satu je yang saya mampu cakap... kita hidup semestinya saling melengkapi. Saya tak ada, awak ada. Awak tak ada, saya ada. TQ awak.


Mari meloyakan tekak lagi...


Tapi, seriously saya rasa muda kembali. Jadi, saya tabik dekat awak encik tunang saya, kerana ciptakan itu khas buat tatapan saya. i'll be ur follower. kamu bakal kekasih halal saya. bakal kawan yang paling erat dengan saya. Setia di sisi saya. Setia menegur setiap kekurangan dlm tingkah laku saya. dan ada masa bila saya perlukan awak untuk sapu air mata saya, awak akan selalu jadi kawan yang boleh tolong hapuskan air mata saya. (pakai tangan pun takpe, kalau takde tisu). huk3.


Saya tak pernah buat entri sebegini yang boleh meloyakan tekak orang2 yang baca. Jadi, kalau ada yang loya jugak, saya minta maaf. minta ampun. apa yang buruk datang dari saya juga. yang baik pastinya dari Dia yang selalu kita puja. Aminnnn~


Sekali lagi...


terima kasih kerana menjadi insan yang sangat memahami untuk saya.


('-')

p/s: Saya teringin perfume baru la! :)



3 comments:

Specky said...

bakat terpendam, seumur hidup x pernah buat penulisan x rasmi sebegini rupa...not bad for beginer kn??

Specky said...

memori kita sememangnya x sama..mungkin sebab saya cuma fokuskan pada awk sorg sja,xde yg lain dh..

Mawar Maizza said...

ada bakat! sungguh pun. teruskan buat sy berada di awangan.hiii. suka.