Update rumusan untuk minggu ini.
Minggu terakhir yang menjadi tanda tanya bagi kami yang tengah tunggu penempatan (haraplah). Minggu ni memang minggu mengira hari je. Celik mata. kira. Nak tutup mata pun kira. Tak cukup kira, siap buat-buat tanya lagi dekat bonda. Hari ni ++ haribulan kan? Esoknya tanya lagi. soalan sama. Tak masuk soalan untuk tunang lagi. Kesian dia pasal kena layan saya yang tak keruan ni. OK. Minggu depan dah boleh mula mengira benda lain pulak.
Minggu ni minggu diet guna alternatif berbeza. haha. Ada ke macam tu. yelah, sejak dah mula menjamah nasi semula ni. risau juga naik semula berkilo-kilo. Jadi, minggu ni konsisten 8jam pakai beautiful. Fuhh. orang lain pakai waktu kerja, jadi tak jadi isu sangat la kan. Balik keje dah boleh tanggalkan. Saya yang duk rumah ni siap boleh konsisten macam itu. Rasa-rasa boleh dikatakan bagus tak? hihi. Malam tidur pun pakai bengkung. Pakai losyen panas tu lagi. Betapa sungguh la begitu usaha hamba ya.
Wahai lemak, tolonglah jangan degil sangat.
Dengan dia, minggu ni rasanya minggu yang tak banyak bercakap. Ada. Ada tu ada. Tapi terkurang. Patutlah bil saya bulan ni macam lambat aje kena sekat dengan Celcom. Selalu cepat sangat sekat celcom ni! Dia sibuk. Saya pun malas nak mengada-ngada telefon minta bergayut. No. itu bukan cara saya. Cukup sekadar tahu apa dia buat. Dia di mana. Cukup la tu.
Sayang tak perlu nak tunjuk-tunjuk sangat. :)
Minggu ini minggu yang menyenangkan. Masih diberi peluang oleh Tuhan yang memiliki segala nikmat ini. Minggu ini sahabat saya kehilangan bondanya. Takziah untuk beliau. Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya. InsyaAllah. Begitulah hidup. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Usia mati bukan terletak atas nama muda atau tua seseorang. Jodoh maut kita di tangan Tuhan. Sentiasalah fikir bahawa setiap yang kita lalui ini segalanya ditetapkan oleh Dia. Dia Maha Mengetahui segala2nya. Rancangan Dia pasti cantik dan rahsia Allah tak siapa tahu. Apa yang kita rancang belum tentu kita dapat laksanakan. Dan bukan semua benda yang kita nak, kita akan dapat.
Jadi, sedarlah dan terimalah kenyataan yang dah disuratkan buat kita. Kita hanya berjalan atas aturanNya. Semoga kita kuat menghadapi setiap dugaan yang diberi kepada kita. Mungkin kita insan terpilih. Jangan selalu mempersoalkan. Sebaliknya selalulah merenung disebalik yang berlaku itu. OK, sekadar menasihati diri sendiri juga. ;)

Sayang kamu semua.
3 comments:
semoga sy jg kuat utk menharungi dugaanNya..
cayunk.. insyaAllah. saat kita rasa kehilangan tali untuk berpegang, kita yakinlah kita punya Dia utk beri kita tempat yg lebih kukuh untuk berpaut. :)
Good luck yunk! Jgn sedih2. Be strong~
luv u too...
Post a Comment