Nuffnang

Tuesday, August 24, 2010

memori terawih

Salam dan hai semua..

Hari ni panas sungguh ye? Siang tadi, setiap solat fardhu tu saya mandi. Aduhai, cabaran berpuasa semuanya tu. Tapi mungkin juga kurang minum air sebelah malamnya. Target bila berbuka sehingga sahur tu paling kurang nak minum 8 gelas air kosong. Tapi, bila dah mengadap air tebu waktu berbuka tu, rasa payah pulak nak telan air kosong ni. Tekak... tekak.

Itu mukaddimah.

Dah berbuka tu, sementara tunggu azan isyak rehat2 dulu sekejap. Dah azan, barulah saya tergedek2 ke surau. Yelah, surau betul2 sebelah rumah je. Berimamkan ayahanda. Selalunya terawih 8 rakaat + 3 witir. kebanyakan yang datang pun golongan yang dah masuk 40-an. Dan yang veteran2 dulu dah ramai kembali pada Allah. Mungkin dah boleh kira masuk generasi kedua kot.

Sekarang ni bonda dah tak mampu nak jalan ke surau. Bonda hanya solat sendiri di rumah. Ingat lagi dulu2 masa kecik, selalu ikut bonda ke surau. kalau ke masjid, masjid lah. Seingat saya lah kan, dulu bila bonda solat terawih berjemaah ni (ni masa baru2 nak belajar solat terawih la.., dah besar camni tak buat dah) saya tukang duduk je kat belakang. Jadi pemerhati. Selain jadi pemerhati, tukang jaga kueh (moreh). Hehe.

Lepas tu, dah besar sikit, dah pandai sembahyang saya solat sama. Budak2 kecik kan selalunya orang tua letak saf yang belakang sekali. Kadang duduk sebelah bonda. Masa tu 8 rakaat rasa terlalu lamanya lah. Boleh pulak tanya dalam hati kenapalah tak siap2 solat ni kan. Tak pun, dah sampai tahap 'penat' nak sambung2. mintak izin bonda taknak sambung solat lagi. hehe. Tunggu la sampai selesai solat semuanya.

Lagi.. dulu2 bila ikut bonda ke surau ni. Selalu merengek2 sebab lama solat kan. Bila waktu antara solat tu ada doa, mesti saya mintak masuk dalam telekung bonda. Bonda tadah tangan berdoa kat luar telekung la waktu ni. (Haih, dapat bayangan ke tak ni? Dapat la ek..) Nakal sungguh. Agak2 bonda serabut tak ngan perangai saya waktu ni?



Ada lagi.. lepas selesai solat terawih tu kan selalu ada kuih2, moreh la kan. Waktu budak2 dulu, tunggu saat2 ni lah yang paling seronok. Seronok nak rasa kuih macam2 setiap malam. Dulu, kat surau saya ni memang siap buat giliran siapa2 yang akan buat makanan untuk moreh ni. Kalau dulu yang glemernya mestilah Cendol. Cendol pulak banyak versi, ada yang sirap gula, ada yang bersantan tu. Ada lagi 'lompat tikam', onde-onde, puteri mandi, dan mcm2 lagi la. (Ah, abaikan jika kamu tak kenal nama2 kuih ini. nama2 tersebut nama yang saya panggil oke). Dah selesai makan, tolong jadi tukang menyibuk basuh pinggan2 pulak. Seronoknya main air malam2. :) Dah siap semua, baru balik. dan terbungkanglah tidur agaknya selepas tu. Itulah budak-budak.....

Erm.. walau apapun kenangan menjadi budak dulu. itulah sebenarnya yang mencorakkan kita secara tak langsungnya pada hari ini. terima kasih bonda, ayahanda. Mujur juga bonda tak rasa terbeban selalu bawak saya ke surau dulu2 kan.. Macam2 karenah saya ni. Dulu, saya bongsu jadi kemana pun bonda pergilah, mestilah bawa saya sekali. seiring. Betul tak?

Sekarang ni, istiqamahlah untuk bertarawih. menghidupkan kedatangan bulan penuh mulia dan keberkatan ini. Lagipun, terawih kan juga salah satu senaman. Sekurang2nya makanan yang kita makan waktu berbuka tu cepat dihadam berbanding lepas berbuka naik terus atas katil. Merenung perut yang penuh diisi, bukannya merenung untuk menambahkan sedikit pahala yang mungkin masih lagi kurang. Yang kurang tu pada sayalah, bukan pada kamu. :)



catatan: Sebut pasal moreh, sekarang ni kan dah besar, dah pandai kira kalori, dah pandai kenal perkataan diet. Jadi, moreh2 ataupun makan selepas terawih adalah tak berapa digalakkan juga tak perlu diamalkan. Cukup minum air banyak2 sebelum tidur.


No comments: