Nuffnang

Tuesday, March 9, 2010

petanda mimpi dia?


ihsan google

Tadi saya sampai di sekolah awal. Lebih kurang 12.35 tengah hari. Tengok jam. Dalam hati berkata, ada masa lagi ni.. Cepat2 buka lappy saya. Mesyuarat Sukan Tahunan jam 1.10. Dengan tidak sabarnya, seperti biasa saya akan singgah laman sesawang facebook dahulu. Baru je singgah tak sampai seminit, saya dapat mesej di chat box. Nama yang tertera seorang adik di sekolah lama saya. Perempuan.

Dia:
Salam kak maiza!
nak share mimpi orang ni.. tak tau macam mana tiba2 mimpi duk majlis di tunang kak maiza... tunang dengan mat saleh pulak tu.. :)

Saya:
Haa?
terkejut ni... tiba-tiba orang jauh mimpi kak maiza ni..
dah sampai seru la agaknya tu..

Dia:
Lama dah sebenarnya mimpi tu.
dah sampai seru la tu. Jangan lupa hantar kad ye..

(?????)

Saya tersenyum sorang2... biar betul adik ni. Dia sekarang kat sarawak. Jauhnya mimpi tu sampai pada saya. Sudah la lama tak berjumpa. saya juga yang dia pilih untuk hadir dalam mimpi tu kan? Saya bertunang???

BELUM LAGI.

No comments: