Nuffnang

Thursday, September 30, 2010

belum






hampir seminggu dah ~


Wednesday, September 29, 2010

masih menunggu

Masih menunggu...
Harap dipercepatkan dan dipermudahkan.
Juga, semoga ada berita gembira di penghujungnya buat saya nanti.
InsyaAllah. Hanya Dia yang tahu gelora hati ini.


")

Tuesday, September 21, 2010

suri rumah keluar mencari barang rumah ( patuh pada arahan ayahnda!)

Pagi tadi kekanda ajak keluar. Ada sedikit urusan di pejabat pos. Dan macam biasalah, saya disuruhnya jadi driver peribadi dia. kekanda baru habis berpantang, jadi tak elok sangat memandu. Bawak Adeeb sebab masih minum susu ibu. Alang2 nak keluar, Saya sebagai suri rumah moden pun awal2 lah kena buat senarai semak barang apa yang dah habis. Saya lagi tahu dari bonda tau apa yang ada, apa yang tak ada. :)

Hari ni dah masuk hari kedua puasa qada' Ramadhan dan sunat Syawal. Puasa bertiga. DAN orang yang paling utama menetapkan menu hari2 ialah ayahanda. Eh, mesti la kan. Beliau ketua keluarga. Tapi, yang seronok (dan sedikit terkejut) sebenarnya. Hari ini ayahanda buat permintaan nak makan burger!! Masa terima duit dari bonda, saya senyum manis kat bonda. Heee. Dah tukar selera western la. Saya pun tumpang seronok la. boleh makan BURGER. Dah lama benar tak makan burger sejak berdiet ketat~



Burger biasa berapa kalori sayang?
Lagi.. kalau burger special pula? berapa kalori sayang?
Biasa kalau apa2 pun buat sendiri, mana boleh tak buat special kan. Haruslah special, itu ini mesti lebih. Tambah lagi darjah special tu. Jadii.. dah berapa kalori tu sayang???
")

sayang!!

Saya tak suka burger ayam. Sekeping daging burger ni bersamaan 200 kalori!


OK. pasrah menambah kalori waktu berbuka nanti.


Adeeb pun mesti teruja nak makan burger ni jugak kan? tak boleh Deeb, tak elok untuk kesihatan. Mana boleh makan selalu. Nanti dah besar pun jangan makan ea. Tak sedap pun Deeb.. :)


serius berfikir nak makan BURGER jugak!
(suka sangat tongkat dagu macam tu, baru 2 bulan +)


Hak ni bukan untuk dijual! Tapi sangat lenguh pegang Adeeb ni. tumpang timbunan baju jap. Berapa kilo dah agaknya kamu ye Deeb? Bagus, cepat membesar!

Sedapnya saya dipeluk. Selesa la kat sini. ")
Tengok tuan lah!
haha


Sekian.



Monday, September 20, 2010

update & insomniakah saya?

Salam dan hai semua....

Saya dah kembali menjadi 'anak tunggal' kat rumah ni. Tinggal saya seorang sahaja menemani bonda dan ayahanda. Yang lain dah kembali bekerja dan si bongsu kembali ke asrama. Macam biasalah, rutin pun bertukar seperti sedia kala. Menjadi suri rumah dan membuat segala kerja2 rumah. Bonda pun dah tak larat sangat kan. kerja2 memasak kalau bonda tak larat sangat barulah saya ambil alih sepenuhnya. Kalau bonda larat, saya hanya jadi pembantu. yelah, menu masakan biasanya ayahanda yang tetapkan. :) Ayahanda dah selalu sangat mengidam sekarang ni. Nak masak pun kena ikut apa yang dia suruh letak, apa yang tak harus letak. Ok. anak solehah haruslah ikut perintah. ")


INSOMNIA!




Baiklah, hari ini entri sedikit berinfo. Hasil google saya dapat serba sedikit. (Sejak akhir2 ini memang sangat rajin google, segala2nya kan terletak di hujung jari). Insomnia ni adalah dimana seseorang mengalami susah tidur ataupun kalau tidur tidak nyenyak.

Ada 3 jenis penyakit insomnia ni;
Susah tidur, Terbangun di tengah malam & Bangun lebih cepat!
DAN ada banyak sebab sebenarnya yang menjadikan seseorang itu sukar tidur.

Apakah motif hakiki saya bercerita tentang insomnia ni? padahal saya ni sebenarnya memang kuat tidur dan pantang ada bantal! kalau ada bantal, tak ada katil empuk pun saya boleh terlelap dan lena sehinga berjam2. Dasyat tak? encik tunang pasti arif benar tentang itu. Kadang tengah2 bercakap di telefon pun saya boleh tertidur. Hihihi. Itu kalau dah tahap penat sangat la.

Sebenarnya dah 2 malam berturut2 saya susah nak tidur. Bila jarang2 situasi begini berlaku memang jadi pelik la kan. Malam yang pertama tu, jam 4 pagi baru boleh lelap. Malam kedua, jam 2 pagi baru hanyut dibuai mimpi. itupun, setelah hampir 2 jam bergelap di atas katil. Mata terkebil2 dalam kepekatan gelap. (Tapi ok juga, dapat muhasabah panjang sikit sebelum tidur, hehe).


Pikir. dan pikir....


Rupanya.... saya terminum NESCAFEE secawan pada waktu maghrib malam tu. Tapi tak sangka rupanya penangan nescafee pada malam tu membawa mata saya segar membulat sehingga 4 pagi wei! Sangat tak puas hati sebab nak sangat tidur masa tu. Malam kedua, disebabkan TIDUR siang beberapa jam. sehinggakan 2 jam terkebil2 di atas katil sehingga tidur.



Ada kaitan lagi tak?




Ada!

Eh, kan nescafee tu ada kafien. Bukan ke orang berdiet tak boleh minum kafien? Sah. Sah. Saya dah langgar pantang. DAN bukan kah orang berdiet tak boleh tidur banyak? :) Sah lagi. Saya dah langgar pantang. Tidur melebihi menjadikan muka agak bulat dan berisi. Dan itu paling saya tak suka.

Jadi, nak kurus tak boleh minum kafien, tak boleh tidur banyak. Barulah tak ada masalah insomnia. Haha. Abaikan jika kesimpulan saya ni mengandungi unsur2 kecurigaan~






Selamat berdiet kembali buat sesiapa yang sudah naik berat badan sepanjang raya ini! (pesanan buat diri sendiri juga)






Saturday, September 18, 2010

Hadiah hari raya

Dari hari raya pertama, saya rasa hari inilah hari yang saya senyum paling ikhlas dan tanpa paksa. Pernah kan ada masa2 tertentu senyum kamu tu macam palsu dan kaku je? Lain benar rupanya dengan senyum ikhlas dari hati. Jadi, anggaplah senyum ikhlas hari ni adalah hadiah paling bermakna di hari2 raya begini.


Walaupun tak dapat BBQ sotong bakar seperti yang dijanjikan, dapat sotong celup tepung seperti biasa pun boleh tahan juga. :) Janji dah kenal tempat ni. Cantik~

Kalau jumpa pasir pantai, tak sah la kan kalau tak main tulis2 macam ni.




Iye, hitam mengembalikan keyakinanku!




ILUSM!

Friday, September 17, 2010

Biru mata hitamku


Eyeliner baru! warna biru. Ini kali pertama pakai warna lain selain cosmic brown. Selalu memang saya pakai warna coklat je. Tapi 3 hari lepas masuk Avon, rasa berminat pula nak cuba warna ni. Cantik. Tapi jangan over sangat pakai la. Risau jadi lain pulak. :)

AVON!
Masa saya pergi hari tu, ada 2 jawatan kosong. Hati meronta2 nak isi kekosongan tu sementara waktu. Tapi macam biasa, niat suci itu pastinya tak diluluskan oleh ayahanda. Tapisan demi tapisan, akhirnya yang paling halus tu juga la tak lepas. Akhirnya, saya redha sendiri. Pasrah. Baru saja berangan nak jadi gadis Avon kan. Huuu~

Oh, memang dah lama pakai Avon ni. Eyeliner ni memang serasi dengan saya. Eh, nak tengok model pakai yang blue flare tu tak?

Meh!

Kalau tak nampak, buat2 nampak. Sekali pandang, mesti orang nak pandang 2 kali. Eh eh. Dosa tahu tak. Pandang sekali imbas saja.
:)

Thursday, September 16, 2010

2 Syawal majlis pertunangan


Hari raya kedua, kawan baik saya bertunang. Kawan tidur sebantal, makan sepinggan masa sekolah dulu. Cik adik manis Yana dan tunangnya Syukri. Walaupun tak dapat menggamatkan majlis pertunangan ini dengan kawan2 yang lain, si empunya majlis nampaknya tetap berseri2 wajahnya menunggu si jejaka. Cuma, saya berpeluang menemani beliau saat2 debaran nak keluar bilik untuk disarung cincin tu. (Berdebar wehh!) Untuk cerita2 belakang tabir atau cerita selanjutnya kena tunggu empunya pemilik cincin bercerita.


Buat sahabat tersayang ni, Selamat menempuh alam pertunangan dengan bahagia. Jaga hubungan baik2. Semoga berkekalan dan berakhir ke jinjang pelamin. InsyaAllah. Saya tunggu hari bahagia kamu nanti~


4 serangkai dulu, 1 dah menikmati alam perkahwinan. Dan 3 sekarang sedang diikat cincin tanda!

~Ini masa majlis pertunangan sahabat saya, Asfarina 2 bulan lepas~

Yang bulat2 ni mestila jari saya kan. :) Saya tak banyak bercerita tentang majlis pertunangan disini. Persiapan majlis sikit pun saya tak tinggal jejak kat sini. Masa dekat2 majlis tunang tempoh hari saya banyak sakit. Sehingga ke saat ini, kalau tunang ada tersebut kisah2 dulu saya memang tak boleh simpan air mata! Yang penting, apa yang lepas2 tu, biarkan lepas. Ada kenangan yang tak sepatutnya diingat bukan?

Kini, jari manis saya sudah tersarung cincin permata satu. Bagi saya, itu simbolik 'dia yang satu'. InsyaAllah, saya harap lepas ni tiada lagi dugaan dan cabaran yang sangat hebat sehinggakan tak tertanggung oleh saya. Alhamdulillah, bahagia kini. :)


Ayuh sahabat2 sekalian, semoga hubungan yang sedang terjalin ini diredhai oleh Dia yang Satu.


Wednesday, September 15, 2010

Raya.. raya..

Orang lain mesti dah berduyun2 cerita pasal Hari Raya kan. Saya pun dah banyak hari kumpul cerita yang tak istimewa sangat pun. tapi tak tahu la dimana silapnya Celcom Broadband ni cukup menguji kesabaran! kenapa waktu saya teringin benar nak menulis dia dengki dengan saya. Bila saya tak mahu menulis, dia okey pulak.


1 Syawal 1431H ni takdelah sunyi seperti yang disangkakan memandangkan tahun lepas semua cukup bilangan kat rumah ni. Tahun ni ada 3 keluarga yang bermalam di malam raya. Dan 3 keluarga lagi tak jauh dengan rumah bonda ayahanda pun. Seorang tak balik beraya sebab giliran di rumah mentua. Seorang lagi balik raya kedua. Malam raya macam biasalah anak2 buah habiskan stok mercun dan bunga api yang disponsor abang saya. Saya tak main apa pun ye. Cuma tukang jaga pintu kot2 la mercun tu masuk dalam rumah. Haha. Penakut yang amat! Eh, saya memang fobia dan trauma api2 ni.



Menu di pagi raya ialah Nasi Lemak Antarabangsa. Permintaan istimewa dari ayahanda ye. Jarang je kot orang buat nasi lemak di pagi raya. Selalu raya2 sebelum ni buat Nasi Minyak. Tapi, Nasi Lemak pun sedap jugak. Lauk memang Antarabangsa sungguh. Ada sambal sotong, ayam goreng berempah, ikan bilis, telur, ikan tongkol. Saya makan sikit je, sebab awal2 pagi lepas mandi dah ikat seluruh tubuh dengan premium beautiful. Bahagian perut memang ikat lagi kemasss. hehe. Sangat berbaloi. memang membantu siapa2 yang nak diet. :)




Petang sikit, ada kunjungan dari tetamu istimewa. Dah hidang segala kuih, tetamu istimewa tu boleh buat permintaan nak makan nasi putih dengan ikan kering dan sambal belacan meletup bonda saya tu. Adoi. Awal2 saya sudah pesan, nak datang rumah makan nasi kenyang2. (Ada ke layan tetamu camni?) Jadi, untuk tidak menghampakan tetamu istimewa tadi, saya dengan memakai baju raya comel lote tu menggoreng lah ikan kering pujaan hati tetamu istimewa tadi. Dah. Selesai dia makan. Legaaa. kalau tak, ada berbulan2 nanti dia ungkit benda sama.


Seronok tengok dia makan ikan kering~~
Mujur saya ni tak kering. ")





Eh, raya tahun ni tak ada aura sangat nak bergambar la..

.
.
.
.

Err. Ada satu gambar!




")


Sunday, September 12, 2010

Salam Syawal 1431H

Salam Syawal buat semua..

Maaf! Entri ucapan hari raya ni memang lambat. Tapi masih belum terlambat rasanya. Sebenarnya dari malam raya, hari raya, malam raya pertama lagi pun memang berhasrat nak curi2 bukak blog tapi memang tak sempat langsung oh! sangat sibuk dan penat. Bila malam tidur awal. Apapun sementara masih ada mood raya ni, saya nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Maaf andai ada tersalah kata, terkasar bahasa. diri ini memang kerdil, selalu saja buat kesilapan yang berulang2 malah tak diundang.

Apapun, yang baik itu datang dari Allah, yang buruk2 itu datang dari saya.
Salam kemaafan!!

Wednesday, September 8, 2010

Lagi....


Manik simple dan ekspress. Istimewa untuk kekanda saya. Saya ambil dari design yang dah ada cuma tambah2 sikit yang mana patut. Sempat di bahagian lengan sahaja. Bahagian tubuh memang tak sempat sebab baju ni pun sampai pada saya saat2 akhir nak raya dah.

Untuk kekanda, terimalah design yang tak seberapa ni.
p/s: Duit raya lebih sikit eh!


Ingat tu..


Tuesday, September 7, 2010

Dahlia + cip coklat

Mood rajin menempek gambar sudah ada. :)
Dah nak raya kan, jadi entri2 biskut raya ni benda biasalah kan. Sabtu lepas saya dah bereskan semua kerja2 membuat biskut ni. Minggu terakhir ni nak tumpu benda lain pulak. Kemas rumah baru separuh jalan ni. Ada separuh lagi...

Uish, lupa. Entri ni nak tempek gambar. Bukan nak bercerita panjang.
Jom la sudi2kan tengok biskut yang comel macam tuan empunya ni. Kalau ada yang berkenan di hati, boleh la datang ke rumah istimewa raya nanti ye. Bukan untuk menyunting si dara ini, tapi menyunting mana2 biskut raya yang berkenan ndi hati ni ye. Tuan empunya biskut ini sudah di'tanda' orang. ")


Meh tengok Dahlia.
Dahlia ni saya letak ceri merah je. Sebab lebih berseri. Dan tak suka nak letak manik. Sebab ceri merah ni lagi sinonim dengan namanya Dahlia.


Macam biasalah, dah sejuk boleh isikan dalam Tupperware.

Tahu tak?
Masa tengah buat Dahlia yang kat atas2 tu kan. Ada la mak kepada kawan saya datang rumah. Dan dengan semerta2 itu jugalah dia tempah biskut ngan saya. Mungkin dia berkenan dengan empunya pembuat biskut ni yang comel kan. tak pun, dia suka tangan runcing si pembuat biskut ni jugak. Hehe. Bekas kat atas tu untuk yang ditempah. Saya amik harga murah2 je. Sebab tak pernah2 meniaga biskut raya ni kan. :) Tolong2 aje. Dua jenis (tart nenas + Dahlia).

Ini pulak Cip coklat.
Ala2 cipsmore. Ada cip coklat dan ada badam. Tapi bila dah masak, yang nampak hanyalah badam. Ini cip coklat rangup. Memang rangup.


Nota untuk KTS:
Hee. TQ tolong promote biskut saya. Memang menjadi betul teknik awak guna tu. Nanti tolong promote saya pulak. Haishhhh! Dah berpunya la.. :)

Sunday, September 5, 2010

tanda ada makna

Hampir seminggu dah x update blog. Sibuk kononnya buat kueh2 raya sampai tak sempat nak update. hee. Gambar2 ada dalam kamera lagi, belum transfer. Nanti dah transfer saya tempek sedkit sebanyak ye. Tunggu rajin sikit.

Rupanya kan, sikit2 tanda tu ada makna. Akhirnya, malam tadi yang ditunggu2 kunjung tiba juga. Risau juga bila terkandas sikit dari yang lazimnya kan. Saya sudah normal! hii.

Sebenarnya sedang dan masih menunggu sesuatu rezeki dari Dia. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki itu. InsyaAllah. Ada banyak lagi perkara yang tersenarai untuk hujung tahun ni, tahun depan dan tahun2 akan datang.


Ok. Ok. Mai pakat2 kita merenung dan merancang untuk masa depan. :)


Wednesday, September 1, 2010

Cubaan pertama TART NENAS




Saya punya tart tak secantik orang lain punya. Tapi tetap istimewa. Tangan yang keras ni masih dalam proses untuk dilembutkan oke. DAN... nak bagi peringatan... DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER. Maknanya...w/pun saya punya ni tak cantik. Belum tentu kalah rasa enaknya. (Haha. ini ayat bela diri. Pakar tart sila jangan kutuk!)

Kali ini saya nak mempersembahkan hasil air tangan pertama setelah 24 tahun bergelar seorang anak dara. Ini kali pertama saya sukacita dan penuh rasa ikhlas dari hati mencipta tart nenas ini. Original dari dapur teratak bonda berdasarkan resepi bakal kakak ipar dan hasil2 kongsian para blogger masakan di alam maya ini. Terima kasih kak ely dan ada jugak tengok dari blog Mat Gebu.

Fuhh! pagi tadi lepas2 Subuh dah mula bentukkan jem nenas bulat2. Mula2 buat 1 adunan. lepas tu tambah lagi 1 adunan. kemudian, buat lagi 2 adunan terus. Bukan apa, alang2 dah bersilat kat dapur tu, alang2 dah mengotorkan segala alat2 terus saya buat 4 adunan. Akhirnya dapat la juga 260 biji tart nenas. Anggaran 1 adunan dapat 60-70 biji la. Tak tahu la orang lain buat dapat berapa biji 1 adunan tu kan. :)

Tak cantik sangat pun. Memandangkan ini kali pertama saya buat. Huu. Tapi serius bila makan, gebu dan cair di dalam mulut. Sedapp! Haha. kalau diri sendiri tak puji siapa lagi kan. Lepas ni boleh makan banyak2. Hooray!! (Aih. aih. ni dah betul2 lupa nak diet ni. Cik kak, 1 biji tart nenas bersamaaan berapa kalori ahh??) Sila tanggung akibatnya nanti.


Tak pe, jangan risau. Saya jamin akan ada ramai nanti yang akan jadi tukang makan. Asal saja sedia ngap untuk dimakan. :) Bagi kat bakal mak mentua sebekas tu wajib kan? Ambil hati. Hee. Tak sabar nak bagi Encik Tunang rasa tart nenas ini. Yang pasti dialah pengomen @ juri nanti. Nanti bagi markah penuh ye?



JOM. Saya kongsikan sedikit gambar ini.



Gambar 1 tu inti jem nenas yang dah siap dibentuk. Boleh guna planta nak bentukkan bulat tu. Dah buat adunan, terapkan adunan memanjang dan gulung. Dah siap gulung, bedakkan dengan kuning telur yang dicampur sedikit pewarna. Bakar, sejukkan dan boleh simpan dalam tupperware. :) Senang je kan.


Tapi, serius cakap. Yang melihat tak sama dengan yang membuat! Sakit tangan.
Akhir kata, terimalah salam peluk cium 'tart nenas ikhlas dari hati' dari saya. Muuaaaahhhhh!
Saya bagi 2 biji setiap seorang. Haha

.
.
v


Oh. nak resepi?
Boleh terjah ke link ini
Mat gebu
terima kasih juga kak ely!

Mari belajar buat kuih raya! (Bahan buat kuih sudah dibeli)



Salam dan hai semua...

Hari ni dah masuk 1 September kan? Juga hari yang ke-22 umat Islam berpuasa. Dah 22 Ramadhan. Kali ni sungguh cepat rasanya dah nak cukup sebulan berpuasa. Agaknya sebab ada di teratak tercinta ni kan, juga di bawah ketiak bonda dan ayahanda. Itu yang langsung tak sedar tup tap dah nak sambut Hari Raya. yeaaaaah.

Jadi, semalam 31 Ogos cuti kan. Saya sempat ke pekan mencari bahan2 nak buat biskut raya ni. Sebut pasal sejarah biskut-biskut ni, meh nak cerita sikit. Selalunya, tradisi keluarga saya dah berkurun benar tak ada siapa yang buat biskut di rumah ni. Kakak yang no.8 (saya no.9) pun dah ada anak 3! Mananya nak menyempat nak buah kuih segala bagai ni. Bayang la kan. Jadi tahun ni saya nak cuba memecahkan tradisi kuih2 tunjuk ini. Hehe

Dulu, ingat lagi masa kecik2 dan waktu tu juga kakak2 saya belum berkeluarga. belum disunting sang suami la. Tiap2 tahun WAJIB buat biskut raya ni. Lepas2 sahur dan subuh mesti kena kerah tolong buat biskut. Itu masa kecik. Boleh la setakat tolong2 putar, tolong letak ceri, tolong susun2 kan. Seronok dna cukup meriah waktu tu. Macam2 jenis biskut pulak tu buat. Memang tak ada langsung istilah 'tunjuk2' ni. Semuanya asli dari tangan anak2 dara ayahanda. :)

Lepas tu, bila saya dah besar pun sibuk dengan belajar. Situ sini. Lagipun bongsu kan. Dulu2 pun pandai tolong je. tak pandai nak buat sendiri sepenuhnya. Kakak2 pun agaknya tak sempat nak perturunkan ilmu. Masa di universiti pun selalu cuti dah dekat2 nak raya. Jadi, sah2 la tak sempat nak buat. Jadi, tunggu ajelah biskut yang kakak2, abang2 bawak balik.

Untuk tahun ni, disebabkan saya ada di rumah dan tak membuat2 apa2 pekerjaan bergaji seperti orang lain (hanya terima gaji dari ayahanda je), tiba2 dapat satu semanat luar biasa nak buat sendiri biskut raya ni! Bermulalah aktiviti men'google' bermacam2 biskut yang diidamkan. Saya paling suka dan hantu tart nenas! Sukaaaa sangat. Bukan tak boleh beli. tapi nak sangat rasa buat dari air tangan sendiri. Mana tahu sedap kan, boleh buat lagi. Buat banyak2 dan makan banyak2...

Jadi, tart nenas akan masuk carta nombor 1 saya akan mula buat.

Disebabkan dah terlalu lama tiada aktiviti membuat biskut di rumah saya ni, segala peralatan pun dah tak tahu kemana hilangnya. Tadi, beli jugalah sarang kuih yang saya nak buat. Janji, yang ini nak simpan sampai saya ada cucu nanti. Haihh.. Bila saya tanya bonda mana itu, mana ini. Bonda pun naik bosan. Beli ajelahhhh. Sebabnya kalau cari pun sah2 tak akan jumpa.


Ini bahan2 nak buat biskut. Saya tak pandai pun. :( Tapi saya akan buktikan biskut saya ni sedap sama spt pertama kali saya buat laksam di SMK Pusing dulu. Setakat ni nak buat tart nenas, Dahlia, konflakes madu, dan kalau sempat Sarang Semut. Saya suka coklat tapi tak tahu kenapa tak suka Almond London tu.

Jem nenas tu 1KG RM 9.50. Ok tak harganya?yang ini asli nenas. BUKAN perisa stawberry atau blueberry. kat kedai macam2 ada kan.
(Malas nak buat sendiri, beli aje)

Ini pulak acuan tart nenas dan Dahlia. Satu berus untuk glis kat atas tart nanti. Dulu semuanya ni dah ada tau. Tapi dah hilang entah ke mana.

Meh close-up sikit. Ada dua corak. RM 6.90. Tapi lepas dah beli saya jumpa kat satu kedai tu RM 5.50 je. Sama sebijik. Huu. (Masa beli ni kan, sibuk saya duk bertalipon kat Encik Tunang tanya yang mana satu acuan tart nenas. Sebab ada yang kecik, dan besar macam gambar tu. Yang kecik tu agaknya untuk semperit. Haha. Saya ni memang ketar kalau membeli belah seorang diri. Mula lah kalut. Mula lah nak talipon orang2 yang tak berkaitan).

.
.
.
.
.

Balik rumah, saya google lagi. Nampaknya ada lagi sikit bahan2 tak cukup. Takpe, buat dulu apa yang ada. Esok dah boleh mula buat. Sapa2 nak baik hati nak mai tolong saya menggentel kuih2 ini dialu2kan. Bonda bagi RM100 untuk beli bahan2 ni semua. Ada lagi baki pun.

Biskut atau kuih raya sebenarnya? Apa2 jelah. Tapi saya lebih suka sebut KUIH RAYA.