Nuffnang

Thursday, July 29, 2010

mood mencurah yang terbuku. sedikit.

Apa kaitan menjadi tunangan orang dan menjadi sensitif ye. Darah manis? Dulu2 dengar je orang membicarakan perihal darah manis ni. Tapi akhirnya saya dah merasai dan alami apa sebenarnya disebalik maksud ungkapan itu. Abaikan jika ayat saya ini berterabur dan kabur. sebabnya tiada mood. Tapi rasa nak menulis juga. Kadang bila tiada mood, saya banyak membaca dari menulis, tapi kali ini......

Err, apa maksud darah manis?

Apa pula kaitan darah manis dan air mata? Adakah semuanya berkait dan menjadikan air mata tunangan lebih murah dan mudah gugur. Sensitif la tuu. Kalau sesuatu benda tu adalah perkara biasa sebelum menjadi tunangan, tak mustahil pula akan menjadi luar biasa bila bertunang. Hisyhh, paham ke?
Pendek kata, merajuk pun boleh kata buang tebiat!

Sudah sebulan lebih. walaupun baru sebulan lebih, saya harap tak akan ada apa lagi yang luar biasa yang akan mencalitkan status ini.

***

Lagi.

Tadi, saya ambil gambar pasport. Seingat, 5 tahun lepas kali terakhir gambar pasport terbaru saya. Dengan keadaan emosi yang masih kurang stabil pagi tadi, betapa terasanya saya bila tiada orang yang boleh saya dapatkan sedikit komen. Tudung warna apa yang sesuai nak pakai untuk gambar pasport. sebelum mandi, dah siap gosok sepasang baju kurung dan tudung merah jambu. Lepas mandi, serba salah. Buka almari dan tukar. Saya pilih pula baju dan tudung dark purple.

Sebenarnya, begitulah. Betapa saya serba salah untuk membuat sesuatu keputusan tanpa AWAK. Walaupun keputusan tu sangat remeh temeh bagi orang, tapi tidak bagi saya. Betapa kita saling memerlukan. Lantas, saya bulatkan hati untuk pakai dark purple. Tapi, bila balik. Saya rasa merah jambu lagi cantik.
Hey, tengoklah saya. Sering tak tetap pendirian.


Merajuk lah lagi!

***

Silalah buat kesimpulan sendiri antara 2 kisah di atas.
:)



INSAK.

Sedang membaca;


Baru sahaja memiliki buku ini pagi tadi. RM 19.90 tapi dapat lagi diskaun. Sebenarnya terjumpa, dan terus beli. Ada 3 set kertas model INSAK 405 soalan. Nampaknya, kena jadi lebih rajin lepas ni. Nak habiskan satu buku ni dan nota2 yang dah selamat dikumpul. Tinggal untuk baca je lagi.

Fotostat. Dah.
Pensel 2B & pemadam. Dah.
Gambar pasport. Dah.

Jadi, tinggal untuk jadi rajin je lagi. Menanti 3 Ogos.

Wednesday, July 28, 2010

Temuduga GSTS


Alhamdulillah, hari ni 27hb semakan temuduga dah boleh disemak. Dengan keadaan saya yang tersangatlah teruja nak tahu penempatan temuduga ni tengah hari tadi. Tambah lagi Encik tunang yang saja buat2 suprise. Isk. Penat bila dihujah perasaan teruja ni. Akhirnya semakan temuduga ni disemak kawan comel saya, Haini. Agaknya laman KPM pun tak tentu arah tengah hari tadi kerana diterjah ribuan manusia yang juga punya satu niat, menyemak status temuduga ini.

Dah bagi no k/p pada si kawan comel ni. Tiba-tiba dapat panggilan dari dia. Pertanyaan pertama yg muncul tika itu.. "Jaa, ko tak hantar permohonan ke... ?" Adoi, mahu gugur jantung saya masa tu. Boleh pulak cik kak ni buat lawak kan masa orang tengah suspen. Berdebar dah. Hehe, akhirnya, saya dapat tahu penempatan temuduga di SMK Dato' Ahmad Maher, Kota Bharu, kelantan. 3 Ogos nanti. (Ada 5 hari lagi...)
Thanks to her.

Dah petang sikit baru boleh saya lihat sendiri semakan ini.


Dan sekarang, saya sedang berjaga malam mencari bahan bacaan yang perlu. Apa isu semasa pendidikan sekarang ini ye? Selain pemansuhan UPSR dan PMR? Selain guru dibenarkan berpolitik. Itu belum lagi deretan senarai yang perlu dibaca seperti NKRA, PIPP, FPK, Wawasan 2020, KBSR, Teori Pembelajaran dan banyak lagi. semua tu nak kena baca. Ditanya atau tidak semasa temuduga itu nanti letak tepi dulu. yang penting ada persiapan.

Berbekalkan perkongsian pengalaman rakan2 lepas yang pernah ditemuduga. Ada juga perkara2 luar jangkaan yang ditanya. Misalnya disuruh baca doa Qunut. Bacaan2 dalam solat. Asas2 lain misalnya rukun Iman, Rukun Islam. Saya kira soalan2 sebegini juga tidak salah. Menjadi seorang guru bukan hanya perlu mantap ilmu, malah perlu lengkap sahsiah, ilmu agama juga.

Terima kasih buat Encik tunang yang sudi tolong saya carikan bahan untuk dibaca.

Tuhan, berilah saya kemudahan dan kelancaran semasa temuduga ini nanti. InsyaAllah.



Wednesday, July 21, 2010

transkrip



Ini dia rupa transkrip


Dah ambil transkrip.

DAN

Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian Kelas Kedua Atas.

Alhamdulillah.


Usai mengambil TA tempoh hari. Di Bangunan Canselor, UPSI.

si pelupa


Tuhan,

Ajari aku
Memandang pada kebaikan lebih dari keburukan
Memilih yang paling utama dalam sejuta keutamaan
Mengambil hanya satu dalam beribu pilihan

Tuhan,
Ajari aku,
Tunjuki aku,
Tuntuni aku,
Jangan pernah lepaskan aku dari pandanganMu


Hakikatnya, aku tak mahu menjadikan fitrah 'si pelupa' sebagai alasan. Tuhan, bimbinglah daku!


Wednesday, July 14, 2010

Tg Malim: Aku datang lagi

Assalamualaikum w.b.t..
senyum. senyum. :)

Hari ini saya ke Tanjong Malim. Em, dah tiada rasa ragu, yang pasti Tanjong Malim hari ini diterjah lagi. Rasa berat hati tu dah hilang dah. Bila beberapa perkara nampaknya selesai tanpa ada halangan. Mujurlah. Borang untuk ambil transkrip dah selamat difaks ke pejabat kakak ipar oleh Puan Aida. terima kasih.

Petunjuk jalan pun dah dapat dari kawan2 FB. Adik2 yang masih menghuni UPSI sebenarnya. terima kasih Faa. Rupanya tak perlu ke Bukit Jalil. Nak ke Tanjong Malim boleh naik di Pasar Seni. Em, puduraya masih dalam baikpulih. Rasa macam jakun aja. Pasar Seni pun rasanya belum pernah saya jejak. Saya rindu bas SKS yang terus ke kolej KHAR tu. Apapun, tak salah mencuba kan.

Dan, semasa entri ini dipublish, saya sedang menuju ke tanjong malim.
Dah pandai buat autopublish post. :)

Wajah Puduraya yang bakal berubah.

InsyaAllah, selamat sampai.



Tuesday, July 13, 2010

IOI Mall

Hari ini ke IOI Mall, Puchong. Pertama kali saya jejak ke sini. Kebetulan hari ini kakak ipar MC, tanpa dirancang2 kami jalan2 sampai petang. Jalan2 hari bekerja begini memang senang. Tidak menyerabutkan seperti hujung minggu dan selesa sungguh.

Hurm.. rasa nak menulis ni membuak2 sebenarnya, tapi tiba-tiba rasa macam 'mati' ayat. Biar sedikit gambar ini bercerita boleh?


Aiskrim goreng pertama saya makan. Jakun tak? Erkk, pernah mencari resepi ini setahun lepas tapi baru hari ini saya makan benda alah ni. tapi, malam ini dapat resepi baru lagi. Encik tunang suruh buat sendiri.

Satu coklat. satu strawberry. Isi perutnya dikorek sebab kulit luar askrim ni tak sedap.


*
*
*
*
*

Dengan si kecik Adin. Err, ni Anne Ngasri ke sape ni?
:p
bukan saya cakap ea...



saya sudah memilikinya. tak percaya? kan dah cakap, bukan sekadar hangat2 tahi ayamm.. :)



@}-------

Saya sudah memilikinya semalam. :) Rasa semacam tak percaya kan. Sebab dah lama benar saya berhajat untuk memiliknya. Akhirnya, termakbul jua dengan bantuan seorang kawan. Sekarang, masih di tahap menyesuaikan diri. Mengulangkaji. Baca2 dan setakat ini yang terbaik adalah disini.
(bacalah kalau mahu mendalami..)

Saya masih lagi baru. Ada kawan yang sudah memilikinya 3 tahun yang lepas. Rupanya, saya sebenarnya dikelilingi oleh teman2 kebanyakannya memang memakai premium beautiful ni. Dan rasanya sebab itulah keterujaan itu berjangkit. :)

Dah lama tak bercerita tentang diet sebenarnya. Jadi, malam ini saya rasa teringin. Tentang diet saya, yang pernah sekali sekala saya update di blog ini. itupun tak serapi blog2 diet yang lain. Sekurang2nya saya tak mahu dikata hangat2 tahi ayam. Usaha selama 5 bulan dulu saya tak akan persiakan. dan saya rasa usaha itu masih lagi ada. Tambah2 lagi bila dengan PB ini. Sayang weh mengenangkan pahit maung berdiet selama 5 bulan yang penuh pantang larang.

Jujur lah. bila dah tamat belajar ni, duduk2 di rumah bersama bonda, ayahanda sebenarnya banyak mendorong saya untuk langgar pantang. Saya dah mula makan nasi. Tapi, mujur, timbangan belum lagi naik. Masih seperti dulu. Tapi, kalau saat entri ini ditulis, saya tak tahulah. hehe. sebab dah beberapa minggu tak timbang.


Izinkan saya tempek gambar ini.

Ambil dari sini.


Kawan saya cakap: Nak cantik kena la sakit. :)
kenyataan ke tu?



Monday, July 12, 2010

Tanjong Malim: Next destination



Saya berhajat untuk ke Tanjong Malim minggu ini. Rindunya bumi Tg Malim. Alang2 saya dah ada di Kuala Lumpur ini. Hurm.. dah tak jauh. Dah dapat keizinan dari ayahanda siang tadi. Cuma, hingga ke saat ni saya semacam sedang berkira-kira untuk ke sana. Berat hati pun ada. kenapa ea..

Hajat ke sana nanti untuk mengambil transkripsi. Surat dari UPSI yang dihantar ke rumah pun belum saya lihat dengan mata sendiri. Cuma tunggu borang difaks dari kampung. Dengar2 juga, panggilan untuk temuduga GST pun dah tak lama, bulan ini juga. Harap2, ada rezeki untuk temuduga itu nanti. InsyaAllah. Doakan saya ye. Berat hati pun sebenarnya sebab puduraya masih dalam baik pulih. Agak susah nak naik bas di Bukit Jalil nun. Manalah saya biasa.


Masih sedang berfikir.
Ligat
Ermm.. pergi. pergi.
Ada siapa2 yang baik hati nak tolong hantar ke sana tak?

wonderfull sunday


Waah, hari ini bermula lagi minggu yang penuh menyenangkan.

Penat semalam memaksakan saya baring2 saja di rumah hari ini.. kepenatan yang berbaloi. Dah lama tak rasa penat yang macam ni. Sejak tak lagi menghuni bumi Tanjong Malim. Semalam ke KLCC. Menonton knight and day yang dicadangkan oleh cempakasilver. Agak menyeronokkan. cerita yang penuh lawak. Tom Cruise pun kacak sungguh. :) Dah lama tak memberi ruang seperti ni dan rasa seperti jam bergerak pantas sekali. Sembang-sembang, borak2 cerita2 lama. yang lama pun boleh jadi baru kembali.

Ada yang lebih membuatkan saya teruja. Petang ke Wangsa maju dijemput lagi seorang teman lama, Fizza. Teman dulu2, sewaktu di YTBesut lagi. Statusnya sudah bertukar sebulan yang lepas. Dah jadi isteri orang rupanya teman2 yang pernah rapat dengan saya suatu waktu dulu. Cempaka, kamu bila lagi? Cerita di WM ni sebenarnya renteten kisah di majlis kahwin kawan saya ni. Ala-ala tersalah keluar dari mulut tentang premiumbeautiful, akhirnya semalam saya dah berpeluang miliki PB. Teruja dan Alhamdulillah.. Selepas tu, duduk2 di JJ, menikmati hazelnutt white coffee. Ah, kisah orang2 kahwin. Supper dupper. hehe. terima kasih untuk nasihat buat orang2 yang bakal kahwin seperti... saya. Erkkk.

PB ini pun salah satu persiapan untuk orang2 yang bakal berkahwin ye. Terkejut ditanya oleh kak Huda dengan pertanyaan sebegitu. Pantas saya jawab.. "kak, orang yang nak kahwin ye pakai PB ni...?" hehe. Janggal ke tak ye pertanyaan tersebut?

Apapun, seronok menikmati hari semalam. :)
terima kasih buat kalian..


ni saja gambar yang mampu terlepas masuk. ")
di Klcc dengan cempakasilver



Semalam masuk butik F.E.N.D.I.
Ooo, bab kata cempakasilver lagi. sebab tu mahal sungguh harganya, dari Italiano rupanya.
Hehe. Saya tak tahu pun. ??




Thursday, July 8, 2010

kerja. kerja. kerja. tak boleh!


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, saya sudah selamat sampai di sini beberapa hari lalu. Menempuh perjalanan siang hari yang membuatkan bermacam2 perasaan ada. Pening, loya, nak muntah, macam2 lagi la. Dan buat kali pertamanya memang saya muntah! Jarang-jarang saja naik bas siang hari nih. Apapun, dah selamat berada disini dah. Ada seorang sahabat yang asyik tak puas hati akan status saya di FB. Di sini tu di mana? Di sini tu di mana......

Niat asal bertandang ke sini untuk bekerja. Sambil-sambil menghabiskan sisa waktu bercuti saya dengan sesuatu yang tak pernah saya buat selama ni. TAPI, selalu saja permohonan itu tak akan terlepas mendapat kebenaran. Hurm... bermacam alasan yang ayahanda bagi untuk memujuk saya supaya tak bekerja. Duduk free di rumah, duit poket masuk pun seronok juga kan? Akhirnya, pujuk. pujuk. pujuk. Saya terpaksa mengalah untuk berehat sepuas2nya...... Agak2 kalau duduk-duduk sahaja boleh bertambah KG tak?

Risau ni.

Teringinnya nak habiskan waktu ini dengan bekerja. mencuba sesuatu yang tak pernah saya buat. Sebelum melangkah kaki ke sekolah meneruskan profesion mendidik ini. Sebelum memakai tanda nama tu kembali....... :) Sebelum... Sebelum....

Sebelum meneruskan babak-babak seterusnya yang bakal muncul dalam hidup ini.

Saturday, July 3, 2010

kamu sangat memahami!


kadang tu kita ingat dia tak memahami.
kadang-kadang kita tak terfikir yang dia terperasan sesuatu.
kadang kita rasa dia tahu, tapi dia buat2 tak tahu.
atau lebih sedih lagi kita rasa dia buat2 tak nampak.


tapi sebenarnya

TIDAK!



keprihatinanmu mengatasi segala2nya.....!




hehe
ini ayat 'bodek'kah?




p/s: Sedap lah sate semalam tu. sampai menjilat jari! terima kasih..............
jemput2 bilis saya tu sedap tak??

Friday, July 2, 2010

jangan simpan daun kering

Pagi ini rutin pagi seperti biasa. tapi sedikit terlebih operasi di halaman rumah. Pagi2 lagi dah keluar peluh. Dah lama sungguh saya simpan peluh ni. Geram tengok daun2 kering bawah pokok manggeh, pokok pauh, dan macam2 pokok kat rumah ni..

Jadi suri di rumah mesti la kena rajin. betul tak?

Rindu pula funky erobic dengan kak Ema dulu2. Dulu, pagi2 dah terloncat2 di depan cermin yang selebar dinding sambil mulut tersenyum2. hehe. Dulu, sebelum balik Besut saya punya impian menggunung nak teruskan erobik w/pun sorang2 kat umah ni. (konon rajin la..) Beli CD erobik! tapi sampai sekarang belum 'berguna'. Bukan sebab saya malas. tapi sebab video tu sexy sangat. ??

Macam mana nak buat peluh tiap2 hari keluar ni.........






kasut joging PINK tu cantik lagi dalam kotak.
Bila nak buka?









Thursday, July 1, 2010

EM1M


Rakan berempat berkonvoi. Majlis pelepasan tadi di Sri Utusan, Bangi.
Semoga berjaya!


Hari ni 1 Julai, kekanda Saiful Haizan berlepas dari Kuala Lumpur untuk Ekspedisi Merdeka KL-London. Ekspedisi ini merentasi 17 buah negara dengan bermotosikal sejauh 22,000 kilometer. membawa misi meraikan sambutan Hari Merdeka dan untuk anak2 yatim.

Semoga cekal semangatmu kekandaku! Jaga diri di tempat orang nanti. 2 bulan agak lama tu... :) Tinggalla kak Tempa Kirana dan Rizqi Saladin. takpe2, nanti saya datang KL. Bersarnya hati nak bekerja. nak sangat rasa kerja2 ni. Tapi, apalah daya kalau tanpa izin bonda ayahanda. Apatah lagi tunang itu. :)

tapi kali ni boleh tak?

Ciuman terakhir dari daddy buat Adin (Adin atau daddy yang nangis ni?)


Inilah kak Nor a.k.a kak Tempa Kirana saya. dan si kecil tu la Rizqi Saladin. Dah masuk setahun umurnya. Adin dah besar dah.


ps:
Gambar2 di atas ihsan dari FB org2 yang berkaitan. (memandangkan saya tak dapat ikut ayahanda pada hari pelepasan ini...)
Saya dah blaja cara buat autopost dengan Soffya Cik Bulan. tqvm. Nanti nak cuba.

menyelam minum air ye dik?

hari ni saya seharian menghabiskan masa terlantar atas katil sambil mengadap FB dan blogwalking yang tak seberapa nak rajin. Cuba marathon habis sebab dah lama tinggal. Dari semalam saya dera lappy ni sambil di depan kipas meja. Saya on speed yang paling laju. hehe. Kalau bukan dengan bantuan kipas meja ni, mana boleh lappy saya tahan 24jam.

Sambil2 tu saya melayan anak buah, si Aqil. hehe. lagi jimat masa sambil menyelam, minum air. Cerita pasal Aqil kecik molek ni. tengok ni

.
.
.
.
.
v


kenapa ni adik oi?
aduhai.. dah banyak kali jadi macam ni. skang ni sampai dah longgar2 skru. hehe.

Aqil geram sangat kot tengok makcik dia asyik mengadap lappy je, x mengadap dia. dah tinggal serampang dua mata pada keyboard ni. pasang balik pun longgar2 je. xpelah Aqil, janji boleh guna lagi ye..




ps: Comel nak lappy baru boleh? yg warna PINK tu.



boleh ea?
:)



putih ungu


Oleh: Kak Nor a.k.a Tempa Kirana

Sedikit cerita pasal love cookies istimewa hasil tangan kakak ipar saya, kak Nor a.k.a Tempa Kirana. Hadiah hantaran hari pertunangan tempoh hari, untuk pihak lelaki. Kebetulan kakak ipar saya ni baru jatuh cinta pada decoration kek. Mulanya nak buat cupcake, tapi sebab kekanda Rohaida dah cop nak sponsore blueberry kek, Kak Nor buat cookies ini. Sama dengan warna tema, putih + purple. Pertama kali tengok, dia mms saya dah teruja. Cantikk. Disebabkan cookies ini tak berapa besar, jadi muat untuk tulis singkatan nama je. MF. Dibawahnya dicucuk pada batang lidi, ala-ala macam lolipop.

Yang penting, cookies ini cantik dan sedap. Tapi kan, kalau dapat kat saya macam ni rasanya sayang nak makan. kalau boleh nak simpan buat kenangan sampai bila2. hehe. Semuanya dah masuk perut. Yang ada sekarang tinggal gambar je. :)

Apapun, buat Kak Nor, terima kasih untuk cookies yang cantik ini. Untuk kahwin nanti, Maiza nak kek 'Just Married' tu pula..... hehe.



Ini pula kek blueberry oleh Kak Da. Terima Kasih! Juga putih+purple. Baru boleh tulis nama penuh kat situ.

.tqvm buat kekanda2 saya.

buatmu bunga


Buatmu bunga,
dan bunga-bunga yang sedang mekar di taman-taman yang lainnya,
aku punya hadiah buat kalian..

(Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk Seluruh
Akhwat di Dunia)

Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa
peduli?
Karena toh kau tak mengenalku dan memang tak
perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu
dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,
karenanya kau tak membutuhkan persamaan.

Ukhtifillah,
Jangan pernah biarkan aku manatapmu penuh,
karena akan membuatku mengingatmu.
Berarti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap
dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,
sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku
yang masih penuh Lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,
Jangan pernah kautatapku penuh
Bahkan tak perlu kaulirikkan matamu untuk
melihatku.
Bukan karena aku terlalu indah, tapi karena aku
seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah
burukku, mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor
dari Lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau
termanipulasi.
Karena kau toh hanya manusia-hanya wanita.

Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang
dengan sepenuh hati membawamu kehadapan
Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam
kitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam
rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu adalah
hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir
dalam kitab suci.

Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti,
bahkan mungkin tiada sampai kau mati.
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
yang kau bangun dengan segala kekhusyu'an
tangis do'amu.

Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu
pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang
terpilih itu, melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita sudi di masa lalu
yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak
pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta
dalam setiap denyut nadi kita.

***********
karya asal: daffodil.